About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Oct 31, 2010

Kawan, Sahabat, Rakan Mahupun Teman

kata dia : carilah teman yang sama-sama mengorak langkah menuju redha Ilahi dan apabila dirimu tertinggal di belakang, dia bukan sekadar menantimu, tetapi bergerak ke arahmu lantas memegangmu lalu menarikmu supaya terus ke hadapan. =)
selalu juga diri ini tertanya-tanya suatu ketika dulu,
akankah saya memiliki teman sebegitu.

kini

sedikit demi sedikit, saya mula yakin,
saya sudah memiliki teman begitu,
teman yang saya rindu, saya kasih,
teman yang tidak melalaikan.
disaat saya jatuh,
bukan hanya sepasang tangan menghulur,
memberi bantuan.
membantu saya bangun dan meneruskan langkah.
Alhamdulillah, Subhanallah.

tetapi

saya juga sedar,
saya hanya menanti teman begitu,
tetapi tidak berubah ke arah itu,
jadi layakkan saya mendapat teman-teman sebegitu?
terasa rendah diri ini disisi mereka,
mereka berlari ke arah saya bila saya tertinggal di belakang,
tetapi saya, saya hanya menanti mereka datang kepada saya di saat mereka tertinggal di belakang,
astaghfirullah, kejamnya rasa diri ini.

lalu

saya mula sedar,
patutlah saya seringkali mendapat beberapa rakan-rakan di sekolah yang bukan hanya tidak menanti saya tika saya tertinggal, tetapi terus meninggalkan saya,
sebabnya, saya hanya menanti perubahan dan mengharapkan yang baik-baik dari seorang rakan, sahabat mahupun teman,
tetapi diri ini,
tidak berusaha ke arah itu.

syukur

alhamdulillah kerana kesedaran itu, saya cuba berubah,
menjadi rakan, teman dan sahabat begitu.
biar arah kadangkala tak sehaluan, tetapi,
pengakirannya adalah sama,
menghadap Allah Yang Maha Esa,
saya mahu menjadi kawan, rakan, sahabat dan teman yang bersama-sama ke pengakhiran yang satu itu.

amanah

ya, memang!
kawan, rakan, sahabat dan teman itu adalah sebuah amanah dari Allah,
ramuan utama dalam resepi hubungan persahabatan ialah niat yang ikhlas kerana Allah,

lantas

kita perlu pikul amanah itu,
sebab itu, bila ada kesalahan yang dilakukan,
kita tidak boleh hanya memerhati dari jauh dan berharap di hati supaya mereka terus berubah,
tetapi kita perlu menegur,
menarik mereka dengan lembut ke arah jalan yang betul.

tahu

saya tahu!
saya masih tidak begitu,
tapi saya cuba berusaha ke arah itu,

yuk, sama-sama berusaha, menjadi rakan, kawan, sahabat dan teman sebegitu.
kerana perjalanan kita masih jauh,
dan selagi ada waktu,
selagi itu, masih ada laluan untuk kita meneruskan langkah.

Oct 30, 2010

Ibu Ayah

kata dia : mulakan langkah pertama, untuk memiliki langkah seterusnya. selagi ada waktu, mulakan langkah pertama itu!
pengorbanan

ibu bapa dah banyak berkorban untuk kita.
terlampau banyak.
dan kita,
sebagai anak perlu tunaikan amanah.

amanah

amanah itu, telah lama saya dapat,
anda juga.
tetapi kita tidak perasan pun amanah itu,
mungkin juga lupa.
amanah kita di sekolah, untuk belajar; menuntut ilmu.

tahukah anda?

ustaz kata kita dikira menderhaka pada ibu bapa bila kita tak tunaikan amanah itu.
amanah yang sepatutnya kita ke sekolah untuk belajar
tapi kita, ke sekolah borak benda remeh, main-main.
kita di kira menderhaka.
berdosanya kita.
saya waktu dengar ustaz cakap rasa macam tengah menggalas batu.
berat sangat dosa itu.
waktu tu, saya mula tekad.
i have to change my niat, and struggle for SPM.
moga saya istiqamah selamanya.
dan dapat jalankan amanah itu.
anda juga ya.

sebuah kisah tentang sebuah pengorbanan

ustaz cerita tentang pengalaman dia memberi motivasi di sebuah sekolah rendah. tentang kisah yang diceritakan oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang kehilangan ibu dan ayahnya.

KISAH 1
Saya paling ingat sewaktu bulan Ramadhan. Pada waktu pagi, saya akan dengar emak sedang menggoreng, menumbuk cili, dan memasak untuk sahur. Ayah akan datang dan kejut saya bangun, bila saya tak mahu bangun, ayah akan dukung saya ke dapur. Ayah letakkan nasi dalam pinggan, suruh saya makan secara lembut.

Tapi sekarang, saya tak boleh dah bersahur dengan mak dan ayah. Mereka sudah tiada dengan saya. Saya rindu saat itu. Sekarang bila hampir tiba hari raya, ayah dan mak rakan-rakan belikan mereka baju baru, kasut baru. Kalau ayah masih ada tentu ayah belikan semua itu untuk saya juga. Saya rindu saat itu.

Bila hari raya, saya cemburu tengok rakan-rakan salam mak ayah dorang. Jadi saya pergi kubur mak dan ayah. Saya baca doa. Saya terbayang mak dan ayah di depan saya dengan baju putih. Baru saya nak peluk mereka, saya tersedar dari bayangan yang saya cipta. Saya dah tak boleh peluk mereka lagi. Saya hanya boleh peluk batu nisan mereka saja sekarang. Mereka dah tak ada.

KISAH 2

kisah ni kisah ustaz sendiri

pada tahun 1995, saya ke lapangan terbang bersama ayah, emak dan kawan ayah. Saya akan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Saat di sana, ayah melihat orang lain ada beg. Lalu ayah ke kedai membeli beg untuk saya. Sampai saat ini saya masih simpan beg itu.

Sebelum berangkat, saya peluk ayah, cium ayah. Tetapi saya tidak pernah menyangka bahawa itu adalah pelukan terakhir saya. Setelah 6 bulan di sana, ayah saya meninggal. Khabar itu tidak disampaikan emak kepada saya kerana saya sedang menduduki peperiksaan, tetapi saya tahu dari seorang keluarga jauh.

Setelah mengetahuinya, saya menelefon emak, emak khabarkan bahawa ayah telah selamat di kebumikan 3 hari lalu.

Kisahnya begitu, tetapi telah saya olah, sebab biasalah sumber lisan. Saya cuba tidak menokok tambah, tetapi jika ada maafkan saya.

harga

jadi, sebelum terlamabat, sementara masih ada waktu yang bersisa,
hargai mak ayah kita,
jalankan amanah mereka dengan ikhlas.
kasihkan mereka,
berjasa untuk mereka.
memang! pengorbanan mereka tak akan pernah dapat kita balas.
tapi kita boleh melakukan semampu yang mungkin.
dan selagi ada waktu,

harapan

jika suatu hari nanti jodoh saya sudah sampai,
saya harapkan seorang lelaki yang akan menyayangi ibu dan ayahnya lebih dari sayangnya pada saya,
menyayangi ibu dan ayah saya lebih dari sayangnya pada saya,
bukan hanya atas dasar tanggungjawab dia rapat dan berjasa dengan ibu dan ayahnya dan ibu dan ayah saya,
tetapi kerana kasih sayang,
kerana bagi saya, kasih sayang akan menimbulkan tanggungjawab tetapi tanggungjawab tak akan menimbukan kasih sayang.

ah, indahnya sebuah pengorbanan. semoga kita istiqamah berjasa kepada ibu bapa kita.
yuk, mulakan langkah pertama

Oct 26, 2010

Tudung

hormat

dengan cara pemakaian saya, saya rasa di hormati.
lebih-lebih lagi dengan pelajar lelaki di sekolah.
perempuan entahlah, ada yang mengutuk.
saya tak tahu.
mungkin sebab saya tak baik.
i need to improve
i know.

hijab

tudung labuh sebagai hijab.
lebih protective bagi saya.
saya selesa memakainya.
rasa dihijab dari perangai yang entah-apa-apa.
nak bising-bising, nak merapu pun tak jadi.

awal

awal-awal pakai tu, tak tahu sebab yang sebenar.
just wear it.
tak tahu kenapa.
tak ada tujuan.
tak ada sebab.

lama-lama

bila dah pakai lama-lama,
baru realise, sebab, tujuan yang sepatutnya.
dengan tudung labuh, tingkah laku kita akan terjaga.
sikap kita akan terkawal.
tudung labuh yang akan mendorong kita jadi mukminah.

blog

bila baca blog Kak Ijjlal tentang tudung labuh saya semakin sedar.
alhamdulillah.
saya masih berusaha supaya saya tidak akan menjadi perosak imej orang yang memakai tudung labuh.
alhamdulillah,
saya masih istiqamah pakai tudung labuh.
alhamdulillah,
Allah buka mata saya sedikit demi sedikit.
dari hati yang kosong tentang tudung labuh,
semakin lama semakin meningkat. (semoga Allah tak kurangkan)

ignore

insyaAllah saya akan berusaha menjadi hamba yang bersyukur.
saya akan cuba ignore segala kutukan tentang tudung labuh saya.
kerana hidayah dan rahmat bertudung labuh lebih besar dan bernilai dari kutukan.

risau

ya Allah, jauhkan hambamu dari perasaan riak, perangai-perangai negatif.
berikan lah hambamu ini, sahabat dan teman yang sama-sama mengorak langkah mendekatimu,
yang menarikku hampir kepadaMu bila diri ini tertinggal di belakang.

yuk, kejar redha Allah,
tabahkah hati dan istiqamah,
kerana perjuangan ini belum selesai,
perjalanan ini masih panjang.

Oct 16, 2010

Sedar

kata dia : jgn terlampau yakin dengan mimpi krana mimpi itu tidak semestinya benar. jika mimpi menjadi realiti, itu adalah kerana suratanNya dan begitu juga sebaliknya. jadi, hanya kepada Allah perlu diserahkan segala keyakinan...

banyak

banyak kali dah mimpi jadi realiti dan banyak kali juga mimpi tak jadi realiti.
selalu tak berharap sangat pun pada mimpi tu.
sebab selalu saya akan mimpi sesuatu apabila terlampau memikirkan sesuatu perkara.

tapi

beberapa minggu yang lalu, saya terlupa.
lupa bahawa mimpi tu tak semestinya benar.
mimpi tak semestinya akan menjadi realiti.
meskipun mimpu yang datang setelah saya buat istikharah, minta petunjuk dari Allah.

hampa

selepas dapat mimpi tu, saya sangat yakin, berharap dan mula menyimpan impian.
tetapi, impian tu berkecai menjadi debu dan diterbangkan angin.
hati mula terasa hampa.
akal mula memikirkan kenapa Allah gerakkan hati saya begitu, datangkan saya mimpi begitu, tetapi keputusannya tak seperti yang saya harapkan.
alhamdulillah, masih ada secebis iman di hati.

bisik

lantas hati mula membisik.
Allah tentukan sebegitu bersebab.
Allah nak uji keyakinan saya kepadaNya.
Allah nak beri saya ilmu yang baru.
Ilmu yang sangat ternilai.
Alhamdulillah.

sedar

saya mula sedar.
Allah jadikan begitu supaya saya sedar.
keyakinan saya perlu disandarkan kepada Allah.
bukan kepada mimpi atau sesuatu.
kerana Dia yang menjadikan sesuatu.

semoga apa yang telah lalui menjadi pengajaran kita bersama.
yuk semat dalam diri, dalam hati, keyakinan kita hanya perlu disandarkan kepada Allah.
kerana Dia penentu segalanya.
kerana Dia maha mengetahui apa yang bakal berlaku, sedang berlaku dan setiap perkara di langit dan bumi.

Rindu

kata dia : rasa rindu itu menyapa lg. membuai rasa di hati. ternanti-nanti diri ini panggilan dari Nya. kerana dengan panggilan itu baru ada pertemuan kedua.
Masjid

rasa rindu sangat suasana di Mekah dan Madinah.
rindu nak pergi Masjidi Nabawi, untuk subuh.
rindu nak jejak Masjidil Haram.
Duduk situ dari Maghrib sampai Isya'.
rindu nak jalan kaki gi masjid.
rindu berjalan sendirian ke masjid, sebab waktu kat sana rasa Allah dekat sangat.
rasa dilindungi.
pengalaman paling beharga.

Allah permudahkan urusan

tiap kali buat saie memang agak letih, kaki pun lengah.
tetapi lepas pijak batu-batu di Marwah, lengah hilang.
alhamdulillah.
indah sangat.

makan

rindu makanan di sana juga.
briyani wa dajajah, macaroni wa dajajah. (ntah btol ke tak eja gini)
rindu nak makan ais krim lepas blik buat umrah.
sebab tu waktu kat sana jadi sangat tembam.
rindu nak naik bas gi jalan-jalan.

dan rindu ni sangat tak terbendung.
hingga termimpi.
mimpi ke sana dengan satu famili yang tak di kenali dan seorang lelaki. (jangan kata saya galak sebab saya pun tak kenal sesiapa dalam mimpi tu dan saya tak berharap apa-apa pun sebab mimpi kan mainan tidur)

waiting for the call

tapi mutawwif waktu kat sana tu cakap,
kita akan ke sana jika dapat panggilan dari Allah.
ketika panggilan tu kita pasti cukup duit, cukup masa dan insyaAllah dalam keadaan sihat.
ternanti-nanti panggilan tu.
rindu~

Ya Allah, panggillah kami ke sana.
Panggillah kami ke tanah suci Mu.

Oct 8, 2010

istiqamah

kata dia : istiqamah dlm perjuangan sehingga sampai pengakhiran. jangan berpaling meratapi apa yg telah berlalu, tetpi jika berpling, jdikan yg berlalu sbgai semangat utk meneruskan perjuangan. kerana perjuangan ini belum berakhir. Allah is always by our side. Remember that!

berpaling

apabila sesuatu terjadi, saya mula berpaling memandang apa yang telah berlaku dan menganalisis semula.
saya mula nampak pentingnya Allah bagi saya melalui jalan itu, kerana dengan jalan itu, saya tahu menghadapi jalan-jalan yang lebih susah di hadapan.
sebab peristiwa itu suatu masa dahulu, saya tahu menghadapinya hari ini.
dan terbukti, Allah tak akan jadikan sesuatu tanpa sebab.
InsyaAllah saya akan istiqamah mengekalkan kesabaran menghadapinya.

malas

saya memang tak ada mood nak gaduh.
cari la pasal, saya malas sangat nak gaduh dengan sesiapa.
saya malas membela diri, kerana apa yang diceritakan pada orang lain tentang 'ntah pape' cepat je sampai kat saya balik.
biarlah, Allah maha mengetahui.

satu kisah

kisah ni saya nak kongsikan bukan sebab nak membangga diri.
saya harap kisah saya bermanfaat untuk kita semua.
pernah dengar kisah Abu Zar?
saya tak kata saya semulia dia.

satu hari, saya selsema sangat teruk.
saya bawa 2 paket tisu.
sebab sangat teruk, saya dah gunakan kesemuanya dan yang tinggal hanya sehelai.
waktu tinggal sehelai, ada kawan minta, saya tak beri sebab saya rasa saya lebih memerlukan tisu tu.
sampai habis waktu kelas, saya masih selsema.

pada minggu berikutnya, saya selsema lagi. (saya sangat mudah selsema sebenarnya)
peristiwa yang sama berulang.
tapi hari sebelumnya, saya baru dengar dari ustazah tentang kita perlu memberikan benda yang paling kita sayang atau penting kepada orang lain baru la sedekah atau hadiah kita benar-benar dirahmati Allah.
jadi, tisu yang sehelai yang tinggal saya berikan kepada kawan yang minta.
alhamdulillah, tak lama lepas tu selsema saya berhenti.

nasihat

jadi, jika mahu memberi hadiah atau sedekah atau sesuatu kepada orang lain, berilah yang paling kita sayang atau perlukan.
sebabnya, jika kita memberi, Allah akan membalas.

saya ingatkan sekali lagi ya,
saya bercerita bukan untuk berlagak atau menunjuk-nunjuk.
yuk beramal dan istiqamah melakukan kebaikan kerana perjuangan kita di bumi Allah ini belum selesai....

Oct 7, 2010

Love

kata dia : love is not blind, you the one who make it blind!!!

cinta tu memang tak buta.
kita yang buat dia jadi buta.
Allah kurniakan cinta tu dengan mata hati.
supaya dengan cinta kita semakin dekat denganNya.
tapi kita?

kata seorang ustaz beberapa tahun lepas

berikan sebab kenapa kita kena cintakan manusia lebih daripada kita cintakan Allah?
manusia boleh cipta beras untuk kita makan?
manusia boleh bagi kita oksigen untuk hidup?
waktu ustaz cakap macam tu saya sebenarnya tersentak.
owh, bukan sebab saya punya pacar ya.
bukan juga sebab saya sedang bercinta.
tetapi sebab saya kadang-kadang asyik dengan novel-novel cinta.
impikan kesudahan kisah hidup seperti dalam novel.
saya seolah-olah terlupa, cinta saya pada Allah dan Rasulullah belum cukup.
saya masih belum layak mencintai manusia lain.
sebab ustaz kata, "selagi cinta kamu pada Allah dan Rasulullah tidak setinggi mana, yakni dengan cinta kamu kepada Allah dan Rasul hanya meniti di bibir dan bukan memenuhi hati, kamu tak layak mencintai orang lain"

Kemanisan iman

Berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah dan rasulnya serta mengutamakan Allah dan rasulnya lebih daripada harta benda dunia

macam mana kita nak dapat kemanisan iman kalau cinta kita kepada manusia melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasul?
layak ke kita menduduki syurga Firdausi?

Ya Allah, tujukanlah cinta kami hanya kepadaMu, dan janganlah berikan rasa cinta kami kepada selain daripada cinta kami kepadaMu dan Rasulullah berputik di hati.

yuk, kejar cinta Allah dan Rasulullah


Oct 6, 2010

Tertawan

Am pandai main. Senang je nak main ni. Bubuh api lepastu baling. Tapi hari tu, kawan Am bubuh api. dia pegang. Darah tangan dia.

Saya dah jatuh hati dengan Am ni. Comelnya dia waktu cerita tentang mercun tu.
Senyum je saya tengok tingkah laku dia. Apa yang dia buat sangat menarik hati saya.
Dia salah satu sebab saya suka belajar Chemistry. *haha*
Gigi dia semua dah rongok di bahagian atas.
Suka makan gula-gula. Saya lah pembekalnya tiap kali ke rumah dia.

Tadi dia cerita tentang mercun.
Dengan aksi sekali. Menawan betul.
Sukanya setiap kali pergi rumah cikgu Chemistry jumpa dia.

Budak kecil yang comel dan menawan...
(^_^)

Oct 5, 2010

Impian Penentu Destinasi

kata dia : kita hidup mesti ada impian. impian tanpa usaha berterusan akan terus tinggal impian. bersama impian kita akan maju ke hadapan. bersama impian, ummah dapat dibgunkan. tunaikan impian berlandaskan syarak utk keberkatan drNya...


ya! sudah pasti saya juga ada impian. tetapi cukuplah saya katakan selagi impian saya tak tercapai, kisahnya tidak akan di coret di sini. mungkin ada kalau saya terlampau gedik nak kongsi impian tu. *haha*

bagi saya

hidup tanpa impian ibarat milo ais tanpa ais.
kopi susu tanpa susu.
tanak nasi tanpa beras.
senang cerita
imperfect.

usaha

impian tanpa usaha pula macam bila kita masuk pertandingan lumba lari.
orang semua berlari, kita masih di tempat permulaan.
semua orang ketika itu ada tujuan yang sama, menjadi orang yang pertama tiba di garisan penamat.
kita pula macam tak tahu sebab kita masuk lumba lari.
apa yang kita mahu.
aneh bukan?

kehidupan

untuk hidup ini pula, tanpa impian dan usaha, kita seperti di awangan.
melayang-layang tanpa arah.
jadi, apa tujuan kita di muka bumi Allah ini?
adakah hanya sebagai pemerhati?

ayuh sama-sama kecapi impian! (bukan ayuh bermimpi ya)
bangunkan diri, bangunkan ummah!
Allah Maha Besar!

Oct 4, 2010

Ujian

kata dia : ujian Allah datang dengan pelbagai cara. ujian yang diberi berdasarkan kemampuan kita. memang kita pasti mampu menghadapi ujian yang diterima. tetapi, kita yang memilih sebaliknya!

merenung


apabila membaca satu kisah, saya terfikir.
bagaiman agaknya jika saya yang diuji Allah sebegitu.
saya rasa saya tidak mempunyai kekuatan menghadapinya.
hati saya berbisik, "sebab itu Allah tidak beri ujian itu kepada saya"
memang! ujian itu Allah beri pada yang mampu sahaja.

sebab

tanda kasihNya pada kita.
Allah mahu kita dekat dengannya.
Allah mahu kita membaiki diri.
Allah tahu yang terbaik untuk kita.
lantas, siapa kita mahu mempersoalkan ujian dari Nya?

pasti

Ya! setiap orang yang menerima ujian pasti mampu menghadapinya.
jika dilihat, masih ada yang apabila menerima ujian, mereka seolah-olah menyalahkan takdir. memarahi takdir Allah.
ada yang mengambil tindakan luar daripada ajaran Al-Quran dan sunnah.
adakah itu bermakna mereka tidak mampu?
Tidak! mereka pasti mampu menghadapinya.
hidup penuh dengan pilihan.
mereka yang memilih jalan itu.
jalan yang menyebabkan kita kata kita tak mampu.

doa hambamu yang kerdil

Ya Allah, tunjukkan lah kami jalan yang lurus.
Apabila kami di persimpangan, gerakkanlah hati kami untuk memilih jalan yang membawa kami dekat dengan Mu.
Sesungguhnya Allah lah yang hanya mengetahui segala yang terjadi.