About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Apr 24, 2014

Rumah Muslim

Assalamualaikum,

Bayangkan sebuah rumah yang masih terpacak kayu-kayu bagi menampung pembinaan rumah, mengekalkan bentuk. Rumah yang bila berjalan di dalamnya, terasa gegarannya. Rumah yang masih dipenuhi debu, dan hanya bersimen kasar. Pintu, tingkap masih belum siap dipasang. Pendek kata, rumah yang masih belum siap sepenuhnya.

Siapa yang sanggup tinggal di rumah begitu?

Pasti ramai yang tidak sanggup. 

Untuk siapkan sebuah rumah pemaju perlukan satu tempoh masa. Selepas siap, perlu mendapatkan kelulusan pula untuk memastikan rumah yang dibina selamat didiami.

eh, kenapa cerita tentang rumah pula ye?

Ramai yang tak sedar, terlampau ingin memasuki fasa Baitul Muslim. Tapi persediaan belum siap lagi sebenarnya. Masih seperti rumah yang belum siap dibina. Belum kukuh.

Memang kita tak akan siap sepenuhnya. Tapi, biarlah rumahnya siap dahulu, kita tinggal menghiasnya. Bukankah lebih menarik dan molek begitu?

Persiapkan diri kita dengan pengurusan masa yang sebaiknya. Kalau sekarang, sibuknya sehingga tiada masa dengan Tuhan, macam mana kita dapat pastikan setelah berkahwin nanti kita akan punya lebih banyak masa. Bukankah nanti lebih banyak tanggungjawab menanti?

Jangan hanya mahu si lelaki yang siapkan rumah, dan kita hanya masuk sahaja. Sekalipun rumah telah siap dibina si lelaki, kita ni mungkin jadi si perosak yang merosakkan pembinaannya. Sebabnya? Kita tak turut sama dalam pembinaan, tidak mengerti setiap fungsinya. Mungkin sahaja dapur tidak digunakan dengan layaknya. 

Bila rumah dibina bersama, lebih terasa tanggungjawabnya pada rumah yang dibina. Nanti, tanggungjawab menghias isi rumah pun akan dikongsi bersama.

Perkahwinan tu bukan untuk mencari iman, tapi meningkatkan iman.
Perkahwinan tu bukan untuk mencari takwa, tapi meningkatkan takwa.

Yuk, siapkan pembinaan.
Moga, Allah memberkati setiap perjuangan.

Amiin.

Mar 31, 2014

Muslimah Warrior

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Segala puji hanya untukNya.
Program untuk para junior berjalan dengan baik.
Syukur.

Allah Yang Maha Pengasih,
Beri peluang yang tak pernah aku jangka,
peluang menjadi murabbi,
dan lebih penting,
peluang berada dlm gerabak ni.

Sayu rasa semalam,
Bila kami yang pernah menjadi anak usrah kepada Kak I
Makan bersama setalam,
tapi bukan sebagai anak usrah,
malah sebagai seorang hamba yang sama-sama bergerak dalam jalan ni.

Bila semalam tengok 'adik-beradik' usrah suatu ketika dahulu,
berdiri di hadapan,
memberi pengisian,
Allah, kami dah membesar,
tak tahu nak gambarkan perasaannya,
kami dah punya amanah yg lebih besar kini.

Satu saat dulu,
kami seorang 'anak' yang dipandu arah tujuannya,
kini kami seorang 'ibu' yang memandu arah 'anak-anak' pula,
Sayu.

Moga Allah izinkan jiwa kami disemadikan dalam jalan ini,
Jalan redha Ilahi,
Moga biar ribut angin bertiup,
kami akan teguh berdiri.
Amiinn

Feb 5, 2014

Atas Nama Cinta-UNIC


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya



Dulu selalu nyanyi lagu ni,
tapi sekarang selalu dengar lagu ni.
Untuk tegur diri.
Be strong girl.

Ingat strategi 3P bila diuji cinta.
Pause, Priority, Pergi
Nak tahu lebih lanjut? 
Silalah tengok Aku Ada Wali<