About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Oct 3, 2013

Untuk Kita : Jangan Ulang Lagi

Susah payah kita heret langkah demi langkah,
Meninggalkan masa lalu yang penuh noda,
Hanya untuk melalui masa hadapan yang lebih indah,
Tapi kenapa hanya sesaat,
Kita biarkan diri kita menukar lakaran yang indah,
Menjadi kelam semula,
Dan biarkan langkah yang baru ini,
Tempang kembali.

Berubah dan Istiqamah memang payah,
Tapi,
Berubah dan berubah untuk perkara yang sama lagi payah.
Kerana itu ertinya kita tidak Istiqamah.

Kita lupa sakitnya kita kerana dosa lalu,
Kita lupa kesalnya kita untuk dosa itu,
Dan kita seolah-olah lupa saat kita sujud di tikar sejadah,
Minta yang Esa ampunkan kita.

Sudah,
Jangan lupa lagi,
Jangan menanti lagi,
Kerana tiada detik yang pasti,
Kita akan kekal di dunia ini.

Hayun langkah segera,
Melangkah dengan penuh gembira,
Kerana Allah masih beri peluang untuk kita,
Untuk jadikan,
Hari ini lebih baik dari sebelumnya.

 Don't judge me by my past because I don't leave there anymore,
Help me with my future because I want to be there with you.

Nota kaki : lama tak menulis tapi lepas baca whatsapp adik, in hasilnya.

Sep 2, 2013

Cik Fi

Abang : Ni Cik Fi punya. Gi bagi kat Cik Fi. (Sambil hulur lens cover)
Faris : Cik Fi tu sape?
Abang : Cik Fi tu yang ada gantung kamera kat leher.

Terkedek-kedek cari Cik Fi.

Faris : (ketawa) Kakak ni ke Cik Fi. apalah, kan nama kakak kakak. Ni Pak Long Hanif bagi.

*

Amin  : kakak, jom main. (Tarik masuk bilik yg ada kanak-kanak 7 tahun ke bwh)
Aku : nak main apa ni?
(Tercengang. Lampu di padam)
Faris : Cepat kakak. Jerit zombie! Zombie!
(Ketawa. Permainan apakah ini)

Rindunya anak-anak ni. Rindu suasana kelam kabut bila semua bersuara. Rindu peluk setiap sorang.

Aku sering impikan hari-hariku dipenuhi ketawa manja, suara ceria anak-anak kecil. Bila bangun pagi suara mereka yang menyapa. Melihat pembesaran mereka.

Counting days. Semoga Allah permudahkan untuk jadi officially Cik Fi.

Jul 11, 2013

Siang Ikan

Assalamualaikum.

Hari ni,
belajar benda baru,
Belajar siang ikan!!
haha.

Mungkin bagi sesetengah orang,
jadi tertanya-tanya,
dah 20 tahun baru nak belajar siang ikan? haha
Jujurnya,
saya ni spoil sikit, ke banyak,
banyak benda yang baru nak belajar.

tapi,
satu perkara yang saya sedar,
selagi ajal tak menjemput,
there will never be too late to learn,
dan saya tak malu pun belajar banyak benda,
walau sesetengah benda budak darjah 1 pun dah belajar.

sebab mungkin Allah bagi orang tu tahu awal sebab dia ambil masa panjang untuk mahir,
dan bagi orang lain, dia ambil masa pendek untuk mahir.

this is what life is.
cuma, jangan pernah menyesal,
mengeluh, dan menyoal kenapa Allah bagi aku tahu lambat,
macam bila kita terima hidayah Allah,
bersyukur, sekurangnya Allah bagi hidayah,
walau orang lain dah dapat dulu,
tapi kita dapat juga kan,
mungkin walau kita dapat kemudian,
kita boleh pecut seiring dengan orang yang dapat dulu,
mungkin lagi laju.

saya rasa, makin hari skill menulis saya makin merepek,
haha. bajet macam ada skill sebelum ni.

Jul 4, 2013

TV3 suku

Assalamualaikum,

Dulu selalu dengan TV3 suku(bak kata kakak) ni suka auta.
Bukan bagi fakta.
Saya tak suka tontong tv,
jadi tak pernah menghadapi realitinya.
hari ni ditakdirkan Allah,
tengok Buletin Utama.
dan saya,
dah terjerit-jerit di hadapan tv,
tak puas hati.
Allah.
Bila golongan taghut mengemudi,
hancurlah generasi.
Allah.
Lalu kita ni,
kela sedarkan ummah,
satu realiti,
takut ummah terus lali,
bimbang ummah terus ditipu taghut tak sedar diri.

ibrah untuk saya juga,
teguran Allah untuk saya,
dah la syaitan dok bersorak gembira,
bila taghut di angkat dunia,
jangan bagi syaitan turut bersorak gembira,
bila kita marah tak tentu hala,
lebih baik doa pada Yang Esa,
kerna hanya DIA yang berkuasa.

Mesir

Assalamualaikum,

Pagi ni bangun dengan semangat yang baru,
sepanjang di dapur,
asyik nyanyi,
Allah ghayatuna,
Ar-rasul qudwatuna,
Al-Quran dusturuna,
Al-jihad sabiiluna,
al mautu fi sabilillah,
asma amaniina

tapi,
bila buka facebook,
berkecai semangat,

Ya Allah,
menitis air mata,
Dr Morsi diguling,
Mesir sekarang bawah pemerintahan tentera.

hiba,
mungkin salah kita,
bila kemenangan di pihak kita,
kita terus dalam zon selesa,
lupa panjangkan doa pada Allah yang Esa,

Allah,
setahun yang lalu,
diri ini,
bersorak gembira,
rasa Islam semakin naik,

tahu,
hari ini bukan tanda,
Islam itu jatuh,
tapi,
yakin,
Allah ada perancangan yang lebih baik.

Sudah boleh tersenyum,
tapi air mata susah membeku,
perjuangan apa yang boleh di lakukan sekarang.

Doa.
Ya doa.
Doa senjata orang mukmin.

Ikhwan Muslimin di seksa,
tapi kita,
boleh pula dalam zon selesa,
terus membuang masa.

Sudah,
angkat tangan,
doa pada Allah,

Baru baca tafsir fi zilal,
Surah An-Naas.
Meresap.
Hanya Allah boleh menolong.

Allah.

Jul 3, 2013

Everything

"Duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit."

Senyum. "Are you sure?"

Kelat. "Semua orang tahu kan statement tu."

Masih senyum. "Kalau saya kata, there is something much more needed than money."

Kerut dahi. "Ada ke?

Angkat kening. "Duit datang dari mana ye?"

"Rezeki dari Allah la."

Senyum makin lebar. "See. Allah is everything and everything need Allah. Kun fa ya kun. Allah kata jadi maka jadilah."

Senyum. "Hmmmm... "


Sketsa pendek antara 2 manusia. haha.
Kita selalu lupa,
Everything, every single things are from Allah,
Bila kita lupa ini kita akan kecewa.

Kadang rasa usaha macam tak cukup tanah,
tapi, result menyedihkan,

Kalau semua perkara,
kita letakkan pada Allah,
kita tak akan kecewa.

yakin tu.

tahu tak,
sebenarnya sebelum usaha itu,
perlukan tawakal.
sebab tawakal kita bukan pada usaha,
tapi pada Allah.

bila salah letakkan tempatnya,
itu yang membuat kita tersungkur.


" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Hadis ke 4 Hadis 40
semuanya dah tertulis,
cuma kita tak tahu apa yang Allah tulis,
jadi kita tawakal pada Allah,
dan terus berusaha.

加油!

where am I?

Assalamualaikum,

Perjalanan seorang hamba,
Memang bukan semudah yang diharapkan,
tapi,
sedar atau tidak,
Allah bagi segala ciptaanNya untuk memudahkan kita,
memudahkan, membantu kita di bumi,
mereka jalankan tanggungjawab mereka,
tapi kita,
tanggungjawab sebagai hamba,
entah campak ke mana.

Lelah.

Lelah melawan nafsu.
Nafsu yang menarik dunia.

Allah.

Ya Allah,
letakkan dunia hanya di hujung jari kami,
bukan, bukan di hati.

When we found Allah,
we will find everything.

Allah,
aku tak mahu kalah sebelum berjuang,
aku tak mahu rebah sebelum melangkah.

perjalanan ini panjang,
sangat panjang,
tapi aku tak tahu,
bila langkah akan terhenti.

May 9, 2013

Positif dan Sabar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
Semalam Allah bagi kesempatan,
belajar Riyadhus Salihin bab Sabar,

the most important thing,
saya baru sedar,
minda seorang mukmin itu sebenarnya
perlu positif.
HANYA POSITIF.
and this will lead you to SABAR

Lepas kupas beberapa hadis,
balik buka Instagram,
Allah tambahkan lagi pemahaman,
Every soul has a PURPOSE!
Every soul has the ABILITY to IMPACT WORLD in a UNIQUE WAY
but DEPRESSION and DEMOTIVATION are the TOOLS of SHAYTAN

did you get it.
banyak benda yang kita kecilkan skop pemahaman kita,
makna SABAR tu sangatlah luas.
bukan hanya bila ditimpa musibah,
malah,
every single minute.
kita perlu bersabar.

mungkin sekarang,
ada yang tak boleh nak kaitkan lagi,
antara sabar dan minda yang positif.
sebenarnya,
bila kita positif dengan Allah, dengan diri,
insyaAllah automatik kita akan positif dalam setiap sesuatu,
bila dugaan datang menghepap,
dada terasa nak pecah dengan beban dugaan,
positif nya diri boleh alihkan dugaan,
sabarnya diri boleh tukar dugaan menjadi sesuatu yang menceriakan.
dan kita tak akan rasa sesuatu yang menimpa sebagai kekurangan,
malah,
sebagai kelebihan.

tahukah kamu sayangku,

Muslim meriwayatkan dari Abu Said dan Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah S.A.W., beliau bersabda : "Tiada sesuatu pun yang menimpa diri seorang mukmin, baik berupa keletihan, rasa sakit, kecemasan, kesedihan, gangguan, maupun kesusahan, bahkan sampai tertusuk duri sekalipun, melainkan Allah akan menghapuskan dosanya berkat musibah yang mnimpanya itu."
Jadi,
lepas ni,
jangan mengeluh jika sakit,
jangan sedih dengan dugaan,
sebab Allah sedang membantu kita.
maka,
bersyukurlah.

^_^

Jan 30, 2013

akhlak


assalamualaikum...

alhamdulillah,
semalam dengar rakaman,
Reset Minda Orang Berakhlak di laman sesawang ikim.

kita rupanya
selalu pandang diri kita lebih dari orang,
hebat dari orang,
padahal kita
Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.
ada beberapa kali ayat sebegini diulang dalam Al-Quran,
kita, Allah jadikan dari air yang hina,
dan semua orang begitu,
jadi,
tiada beza antara saya, awak dan dia.

Dr Muhaya ada kata,
bila di kedai makan,
di R&R,
di walimah,
apa salahnya angkat pinggan sesudah makan,
memang ada pekerja,
tapi, lebih baik kita buat,
mudahkan kerja dia,
dan itu menunjukkan akhlak seseorang.

khusyuknya solat seseorang,
boleh dilihat dengan akhlaknya.
cuba lihat akhlak kita,
jawab dalam hati,
cuba lihat solat kita,
memang ada rentetan kan.


p/s :
saya mula suka salji,
kerana teman saya ingatkan,
salji turun, doa makbul,
macam bila hujan turun

Jan 29, 2013

cik adik pink

assalamualaikum...

the girl with bunga telur
is
my only younger sister.
the only reader mungkin.

alhamdulillah,
Allah bagi saya seorang adik,
1 Safar 1434,
genap 18 tahun.

tahu,

apa yang paling saya nanti,
dari si adik.

saya nantikan saat dia turut serta dalam gerabak Dakwah & Tarbiyah,
serius,
bila, saya rasa manisnya perubahan,
manisnya D&T,
saya mahu dia turut merasa,

saya berharap D&T yang dia dapat juga,
bukan di Malaysia,

eh, jangan salah sangka.

bukannya D&T di Malaysia ni tak elok,
saya rasa elok dan berkembang pesat je,

tapi,

saya rasa di luar,
punya perspektif berbeza,
dan bila bermula di luar,
di negara bukan islam,
yang hanya ada hitam dan putih,
rasanya lain sangat.

我爱你妹妹!

gerabak

assalamualaikum.

terdetik di hati,
satu persoalan.
andainya, diri ini tidak berada dalam gerabak dakwah dan tarbiyah.
bagaimanakah keadaan diri ini?

saya pernah terbaca,
orang melihat kita sebagai seorang mukmin,
bukan kerana kita tiada dosa,
tetapi Allah menyembunyikan dosa kita dari pengetahuan mereka.

hmm..

lalu, jika saya tidak di gerabak ini,
saya mungkin akan terus melakukan dosa,
dan mengharap Allah terus melindungi dari mata manusia,
kerana kalau bukan kerana berada di gerabak ini,
saya terlampau peduli dengan kata manusia,
pandangan manusia.

Ya Allah.

di hadapan Allah nanti kita dinilai dengan amalan kita,
bukan pandangan manusia lain,

bila membaca Al-Quran,
saya perasan,
banyak ayat sama yang berulang,
dalam surah yang sama mahupun surah yang berbeza,
kerana kita manusia,
sering melakukan kesalahan yang sama,
bukankah setiap ayat Al-Quran diturunkan ada sebabnya,

kadang-kadang

dalam kita sibuk tinggalkan jahiliyyah itu dan ini,
kita tarik pula jahilliyah itu dan ini yang baru,
jadi, bila hati akan terhindar dari virus jahilliyyah?

tapi

saya tahu,
kita yang nama manusia ini,
memang selalu leka dan lalai,
kerna, kita bukan malaikat.

namun,

jika Allah di letakkan di tempat pertama,
untuk setiap tindakan,insyaAllah,
kita boleh lakukannya.

walau untuk sampai ke tahap itu,
susahnya amat sangat,
sebabnya,
harga syurga itu juga mahal.

Jan 4, 2013

Tidak Perlu 'Satu Ketika' Untuk Berubah

assalamualaikum...

saya fikir,
ramai yang meletakkan titik perubahan apabila bernikah.
oh, saya juga pernah.

tapi,

alhamdulillah,
Allah sentuh hati saya.
jika kita mengharap,
dia yang sudah kuat imannya memimpin kita,
yakinkah, jodoh kita memang apa yang diharap.
mungkin juga,
'si dia' pun mengharap kita untuk membimbing dia berubah.
lalu apabila mahligai rumahtangga yang dibina,
sampai mana binaannya?
kerana saling berharap.
bukankah harapannya hanya layak diletak pada YANG ESA.

oh,

memang perlu saling membimbing,
tapi, bimbingan utk seseorang membuat perubahan yang besar,
dan membimbing untuk sama-sama  berubah lain.

beginilah,

kita pergi ke taman rekreasi untuk berjoging dengan si dia,
tapi bila sampai di sana,
kita hanya berjalan,
si dia berjoging,
si dia semakin jauh,
bila dia berpusing,
kita masih berlenggang-lenggok berjalan,
si dia semakin pelik.
bukankah tujuan untuk berjoging bersama,
tapi,
kita berjalan dan terus berjalan.
dan jarak kita dan si dia makin jauh,
akhirnya, si dia mungkin lelah untuk menanti kita mula berjoging.

dan, andaikata,
si dia terjatuh, berdarah,
siapa nak tolong si dia bangun?
kita nampak,
saat tu baru kita terkedek-kedek nak buka langkah,
pergi kat dia,
mungkin luka dia dari biasa-biasa makin parah.

jangan bagi diri kita penyebab dia futur.
hmmm..

ha, siapa dapat tangkap maksudnya.

makin pening?

takpe, 1 hari nanti akan faham.
insyaAllah, jika sudah di gerabak yang betul.

^_^

Jan 3, 2013

the way heart react

assalamualaikum.

alhamdulillah, nikmat hidup hingga hari ini.
to be truth,
i'm already 20 on 23 Muharram 1434 H
tak payah tunggu 2013 pun.

semakin masa berlalu,
semakin kurang masa di dunia,
lalu, saya mula tersedar,
saya tidak boleh terus berjalan lenggang-lenggok,
harus berlari,
destinasi yang dituju masih jauh.
masa yang tinggal makin singkat.

sekarang,
bila zikir lepas solat,
saya pejam mata,
sebut subahanallah 33x sambil bayangkan kebesaran Allah,
sebut alhamdulillah 33x sambil bayangkan nikmat-nikmat yang telah Allah beri,
sebut allahu akbar 33x sambil bayang keesaan Allah,

baru saya mengerti,
kenapa Rasulullah bersabda,

Narrated Abu Huraira (Radi Allah Anhu): Some poor people came to the Prophet Muhammad (sal-allahu-alleihi-wasallam) and said, "The wealthy people will get higher grades and will have permanent enjoyment, and they offer !Salat (prayer) like us and observe Saum (fast) as we do. They have more money by which they perform the Hajj, and 'Umra; fight and struggle in Allah's Cause and give in charity." The Prophet Muhammad (sal-allahu-alleihi-wasallam) said, "Shall I not tell you a thing upon which if you acted you would catch up with those who have surpassed you? Nobody would overtake you and you would be better than the people amongst whom you live except those who would do the same. Say Subhan Allah, Alhamdulillah and Allahu Akbar thirty three times each after every (compulsory) !Salat (prayer)."

bila saya pejam mata dan bayangkan kebesaran Allah, nikmat-nikmat yang telah Allah beri dan keesaan Allah,
saya akan terbayang diri sendiri, orang-orang yang pernah muncul dalam hidup saya, tempat-tempat yang saya pernah pergi dan perkara yang saya pernah lalui.
Hebatnya Allah yang mencipta,
Tidak ada tuhan selain Allah.
cara ni akan timbul sesuatu di hati.
serius.
cuba.
insyaAllah.
OSEM.

^_^