About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Jan 29, 2013

gerabak

assalamualaikum.

terdetik di hati,
satu persoalan.
andainya, diri ini tidak berada dalam gerabak dakwah dan tarbiyah.
bagaimanakah keadaan diri ini?

saya pernah terbaca,
orang melihat kita sebagai seorang mukmin,
bukan kerana kita tiada dosa,
tetapi Allah menyembunyikan dosa kita dari pengetahuan mereka.

hmm..

lalu, jika saya tidak di gerabak ini,
saya mungkin akan terus melakukan dosa,
dan mengharap Allah terus melindungi dari mata manusia,
kerana kalau bukan kerana berada di gerabak ini,
saya terlampau peduli dengan kata manusia,
pandangan manusia.

Ya Allah.

di hadapan Allah nanti kita dinilai dengan amalan kita,
bukan pandangan manusia lain,

bila membaca Al-Quran,
saya perasan,
banyak ayat sama yang berulang,
dalam surah yang sama mahupun surah yang berbeza,
kerana kita manusia,
sering melakukan kesalahan yang sama,
bukankah setiap ayat Al-Quran diturunkan ada sebabnya,

kadang-kadang

dalam kita sibuk tinggalkan jahiliyyah itu dan ini,
kita tarik pula jahilliyah itu dan ini yang baru,
jadi, bila hati akan terhindar dari virus jahilliyyah?

tapi

saya tahu,
kita yang nama manusia ini,
memang selalu leka dan lalai,
kerna, kita bukan malaikat.

namun,

jika Allah di letakkan di tempat pertama,
untuk setiap tindakan,insyaAllah,
kita boleh lakukannya.

walau untuk sampai ke tahap itu,
susahnya amat sangat,
sebabnya,
harga syurga itu juga mahal.

No comments:

Post a Comment