tiba-tiba fikiran diasak dengan soal jodoh.
memang soal jodoh ni di tangan Allah.
dan tiap kali teringat soal jodoh, pasti teringat kata-kata ustazah.
susah nak mencari lelaki yang baik,
tapi macam mana nak jumpa,
diri pun tak cukup baik,
sebab perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
jadi untuk apa menanti dan mencari,
lebih baik menjadi.
memang susah nak jadi baik,
nak istiqamah,
lagi-lagi bila iman sedang-sedang je.
tapi selagi kita berusaha dan tidak putus berdoa,
insyaAllah Allah permudahkan.
sebab semuanya di bawah kawalan DIA.
tanpa 'izin' DIA, hasutan syaitan itu terbiar sahaja.
kadang-kadang, saya rasa macam jodoh saya hampir sangat,
lalu saya lilaukan mata melihat sekeliling,
macam tak berapa betul,
sebab sekalipun 'dia' ada berhampiran,
bukannya ada tertampal di dahi dia "JODOH AFIQAH" haha
bila difikirkan kembali,
Ya Allah, kenapa perlu dicari begitu,
serahkan saja pada yang esa,
terus perbaiki diri,
selagi belum tiba masanya,
walaupun 'dia' hanya jiran sebelah, kawan universiti, atau sesiapa sahaja,
Allah tak akan temukan 'dia' sebagai pendamping kita.
moga-moga, jodoh saya bukan orang dekat. amin ya rabb
tidak ku cari seorang 'dia' yang tahu serba serbi,
tidak ku nanti seorang 'dia' yang tampak lengkap segala segi,
tidak ku harap 'dia' yang akan sentiasa memahami diri,
tidak ku perlu 'dia' meletakkan ku di tmpat tertinggi hati,
kerana yang ku harapkan hanya 'dia' yang teguhnya iman di hati,
jadi, akan ku cuba menjadi mukminah yang sejati,
agar dapat ku perolehi 'dia' yang sentiasa mencintai ILAHI,
supaya dapat 'kami' membina tautan cinta hingga akhirat nanti.
dah lama tulis benda kat atas ni. rasa macam nak share pula kat blog yang pembaca tak sampai 10 ni. =)
assalamualaikum fiqah..
ReplyDeletetengah akk serius baca tiba-tiba tergelak tang ...tertampal di dahi dia "JODOH AFIQAH".
haha. buat lawak la fiqah ni. haha nak gelak lagi. sbb akk tbayangkan situasi mcm tu.
hurm, akk baru je bincang dengan kawan akk semalam. dari borak2 kosong tiba2 bincang topik jodoh. rahsia Allah jodoh ni. Macam surprise gitu.
contoh mcm dekat sekolah.. nak encourage student cikgu pun kata la,
"okay, girls and boys, I've a surprise for you. who get 90 and above for this upcoming test, there's something special waiting you. A Suprise!"
tak excited ke student utk buat revision? nak dapat markah tinggi, nak dapat surprise punya pasal, berlumba-lumba study. baru la nak tanya macam-macam dekat cikgu baru la nak discuss dengan kawan-kawan baru la nak bukak segala macam kitab.
same goes to us... (",)
haha.
ReplyDeletebetul, fiqah memang terfikir pun tiap kali lepas melilau2 mata cari.
mesti ckp diri sendiri, "mcm ada tampal "JODOH AFIQAH" kat dahi dia"
hehe...
good analogi sis,
suka fiqah bca...
yup, same goes to us.
=)
ops lupa...
ReplyDeletewaalaikummussalam...