About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Aug 1, 2011

alhamdulillah

assalamualaikum...

lama kan tak merapu di blog ni.
bila tengah exam ke test ke, macam-macam nak tulis.
tapi bila free ni, pemalas nya bukan main la.

alhamulillah,
test physics saya dapat 26/30 dan chemistry dapat full marks.
syukur sangat.
sebab tekad saya sebelum berhenti dulu nak tinggalkan nama baik.
tak mahu la orang cakap saya ambil mandarin sebab tak boleh naik ikus asasi kejuruteraan ke apa.
alhamdulillah.
tapi untuk math tak tahu la. huhu

ha,
cakap tentang nak ambil mandarin.
saya nak pergi ke china bulan 9 ni.
insyaAllah 15/9.
tapi tak konfem lagi la tarikh tu.

hikayat saya paling panjang dan complicated.
mula-mula masuk utp dengan semangat berkobar-kobar nak jadi engineer.
kemudian asyik sakit-sakit dan doktor syak sakit berkaitan jantung.
berhenti.

then, masuk uitm sebab tak dapat cikgu.
ambil asasi kejuruteraan.
sakit juga, tapi tak risau sangat sebab dekat.
sekali sakit teruk, doktor di uitm pun syak jantung lagi.
pergi buat appointment.
cek jantung, memogram, ecg, jumpa pakar semua.
alhamdulillah ok.
jantung normal.

1 minggu lepas tu dapat tawaran bahasa mandarin ke china.
waktu tu sangat blank.
sebab diri tak bersedia dan tak pernah menduga akan dapat tawaran begini.
dah tekad waktu masuk uitm, nak fikir hala tuju lepas habis asasi.
tapi terpaksa berfikir awal arah yang nak dituju.
dengan tak tahu apa-apa tentang program yang ditawarkan
after istikharah, hati tergerak untuk terima.
alhamdulillah.
Beijing Foreign Studies University.
semoga ini universiti yang terakhir untuk sudahkan ijazah dengan cemerlang.
amin...

saya tahu,
Allah bagi saya lalui jalan yang berbeza, yang bukan destinasi sebenar saya.
tetapi jalan itulah yang membantu saya melalui jalan ke destinasi sebenar saya.
jalan-jalan yang mematangkan saya, memberi kegembiraan, kekuatan dan mempersiapkan saya.
Allah jadikan tiap sesuatu bersebab kan.
dan kekuatan saya hari ini juga kerana doa dari anda.
teima kasih.

minggu lepas pergi BTN.
1 perkara yang paling saya ingat, cuba sematkan dalam hati dan amalkan.
"jadi mahasiswa cuba buat hipotisa bila lihat sesuatu. jangan terima bulat-bulat dan tolak mentah-mentah." kata ustaz yang menjadi fasi kumpulan saya
insyaAllah.
kumpulan saya menang persembahan lagu patriotik. haha.

=) ohoh, panjang la pula merapu.
terima kasih lagi sekali semua.

No comments:

Post a Comment