About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Jun 22, 2011

Syukur dan Konsep

Assalamualaikum...

Roomate saya yang comel tu nyatakan hasrat nak bertudung
Alhamdulillah.Happy? Mestilah!
Tapi, saya macam terdiam sedikit.
Cuba mencari ayat sebaik mungkin.
Sebab saya mahu nyatakan pandangan saya.
Sambil tu, menjaga hati dia dari menjauh dari hasrat dia.
Saya tak mahu istilah 'on-off' wujud nanti bia sudah bertudung.

Sebab bertudung bukan bererti meletakkan sehelai kain di atas kepala.
kita juga harus sedar,
bertudung tak semestinya menutup aurat.
tetapi menutup aurat smesetinya bertudung.
tudung yang digunakan bukan tudung saji yang berlubang-lubang.
yang makanan yang ditutup masih dapat dilihat.
tetapi bertudung biarlah sempurna.
tidak nampak leher dan dada apatah lagi buah dada.
cuba renungkan, sempurna sudahkah kita menutup aurat,
apabila pakaian yang dipakai melekat di badan?
apabila kaki yang comel dapat dilihat.
nampak susah melaksanakannya.
tetapi insyaAllah menjadi mudah apabila memahami konsepnya.

Saya katakan pada dia,
fahamkan konsep bertudung, menutup aurat betul-betul.
tahu hikmah kenapa Allah tetapkan begitu.
sebab memahami konsep untuk setiap yang kita lakukan sangat penting.
memahami konsep menyebabkan kita yakin diri.
memahami konsep menyebabkan kita tidak merasakan orang sekeliling memberikan kata-kata negatif.
memahami konsep menyebabkan kita teguh dengan niat kita dan terus laksanakannya walau apa pun.

macam belajar matematik
jika kita faham konsep bab yang kita belajar.
tak la bila soalan putar sikit, kita dah keliru nak darab, bahagi, tambah atau tolak.
begitu juga dalam kehidupan.
bila kita faham konsep untuk melaksanakan sesuatu hukum Allah,
tidak la kita terus nak berhenti melaksanakannya bila digertak, dikecam atau diejek.

saya akui,
banyak lagi yang saya tak fahamkan konsepnya betul-betul dalam diri.
dan saya tahu, sedikit sebanyak ini menyebabkan saya goyah bila berhadapan dengan sesuatu.
seperti sewaktu bertudung labuh.
mula memakai tanpa memahami konsep, sebab, hikmah dan apa-apa.
hanya kerana arahan ibu yang saya kasih.
dan masa yang saya ambil lebih dari 1 tahun untuk memahaminya.
dan alhamdulillah, perubahan yang saya dapat rasa,
tidak segan, yakin dan tidak peduli pandangan negatif dari orang sekeliling selepas bertudung labuh.
sebelum bertudung labuh, sering timbul di fikiran apabila diejek,tidak mahu teruskan.
apabila memahami konsep, minda dan hati seolah-olah dikawal.
alhamdulillah, kekuatan dapat dirasa.

lihat,
pentingkan untuk memahami konsep.
untuk fahami konsep,
jangan pula mengkaji sendiri,
tanyakan pada orang yang lebih tahu.
tingkatkan bacaan yang berkaitan.
insyaAllah, Allah permudahkan urusan awak dan saya.
=)

No comments:

Post a Comment