About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Jun 2, 2011

New Place,New Beginning

assalamualaikum

syukur

alhamdulillah, di tempat baru,
saya tidak pernah lagi mengalami sakit yang teruk seperti di utp dulu.
makan pun banyak.
dulu kat utp makan pun lebih kurang 10 suap je.
1 senduk nasi je.
sekarang makan banyak.
saya rasa makin gemuk. sob.sob.
terkejut bila saya cerita pada ani, roomate saya,
dia kata saya kurus kedemping. haha. terkedu saya. anda jangan terkedu!

di sini

sedikit bayangan anda pada yang tak berhijab,
gedik, bising segala.
tapi bayangan tu salah.
bukan semua ya.
tugas kita untuk membantu mereka.
dorang baik. setakat yang saya tahu sekarang,
memang dorang baik la.
dorang ni siapa?
roomate saya dan classmate saya dan kawan saya.
dorang lagi diam dan tak menggedik.
ada yang pakai tudung lagi bising, gelak kuat depan lelaki.
so, jangan pandang negatif kat yang tak bertudung ya.
roomate saya ni, bila 'cuti' dia baca al-mathurat lepas maghrib.

dugaan

sini, memang sosial sangat la.
waktu MDS pun dah nampak.
fasi sendiri bertempuk tampar lelaki perempuan.
program-program dia untuk hiburan yang banyak.
bukan pengisian rohani.
tapi, itulah cabaran hidup di sini.
dan saya mula nampak hikmah masuk UTP walau hanya seketika.
survival untuk rohani.
insyaAllah.
alhamdulillah, saya jumpa jalan supaya saya tak hanyut.
doakan saya terus melangkah di jalan ini.

selesa

alhamdulillah.
kemudahan yang Allah beri.
memang selesa penginapan.
satu rumah, 4 bilik, 1 bilik 2 org.
tandas ada 3 bilik.
shower sahaja, shower + tandas duduk dan tandas cangkung.
jujur, dewan kuliah best dari utp. ampun.
saya sukakan tempat ni.
walaupun cabaran hati sukar.
tapi insyaAllah, saya cuba rentasi.

yuk, jangan cepat menilai orang dan buang tanggapan negatif pada yang tidak berhijab. Tak siapa tahu mereka mungkin lebih baik dari kita suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment