Assalamualaikum...
sedih
saya memang selalu tak sedar,
apa yang ada dalam hati saya,
apa perasaan saya,
kekecewaan saya.
lain
mulut, akal selalu tidak selari dengan hati rupanya,
bila ada yang menyatakan,
sesuatu cerita,
saya baru tersedar,
betapa kecewa, terluka nya saya.
sedih mula terasa.
tahu
baru saya sedar,
baru saya tahu,
kenapa saya tidak letak nama sekolah di fb,
rasa geram bila orang bertanya saya tempat bersekolah,
bukan sebab rasa geram kerana dibanding-bandingkan dengan MRSM dan SBP,
tapi sebab saya tersedar,
banyak kekecewaan dan kesedihan di sana.
syukur
sekali lagi,
saya tersedar,
hikmah perpindahan ini,
memulakan hidup di kawasan baru,
melupakan memori yang mengecewakan,
dan, hanya biarkan memori gembira yang secebis itu,
terus berada dalam memori.
saya tahu juga,
mungkin Allah mahukan saya memaafkan,
tidak menyimpan di dalam hati,
bukankan memaafkan itu indah.
katakan
memang untuk berkata mudah,
memang tahu memaafkan itu indah,
tapi usaha jangan dilupa,
untuk pastikan terlaksana,
saya cuba lakukannya,
memaafkan, melupakan.
terjadi
apa yang terjadi kerana kehendak Allah,
Allah tak akan jadikan dengan sia-sia,
insyaAllah selepas kedukaan Allah berikan kegembiraan,
doa
semoga Allah permudahkan urusan saya,
urusan kamu dan kamu juga,
semoga Allah bersihkan hati yang terpalit dengan tompok-tompok hitam.
CLOROX pun dah ada macam-macam bauan sekarang,
hati pun kena bersihkan dengan CLOROX macam-macam,
Al-Quran, Zikrullah, Tazkirah...
ampun, entry kali ni lebih kepada luahan rasa, dan ingatan kepada diri sendiri. Jika boleh diambil iktibar walau satu perkataan, Alhamdulillah tetapi jika entry ini melalaikan, merosakkan sekeping hati, maafkanlah dan ingatkanlah.
No comments:
Post a Comment