About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

May 20, 2011

Dia Tetap Teman Terbaik

Assalamualaikum...

Sebuah Pertemuan

Rabu lepas say date dengan Kak Liza.
Kak Liza saya kenal melalui Kak Adawiyah. Blog sebelum-sebelum ni saya ada letak tentang mereka.
Kak Adawiyah saya kenal melalui iluvislam dan usrah online.
Rapat? Memang.
Tapi tak la sampai tiap hari call, mesej.
Paling kerap pun 3,4 kali seminggu dan paling jarang 2,3 bulan sekali.

Happy?

Mestilah kan. Excited semua ada la.
Sebab nya saya ada 4 orang rakan maya yang paling rapat dengan saya.
Sebelum jumpa Kak Liza, saya dah jumpa 2 orang.
Cuma Kak Liza dengan Kak Adawiyah belum jumpa.
Tapi, Alhamdulillah.
Boleh bersua juga akhirnya.
Merapatkan lagi ukhwah yang terbina.
Cuma Kak Adawiyah belum bersua lagi.
InsyaAllah, one day.

Teman Terbaik?

Mesti siapa yang baca terfikir, siapa teman terbaik saya tu kan? haha. Perasan betul saya ni. Buat macam blog ni femes plak kan.
Ok.Ok. Back to the topic. Oh, jangan membebel saya yang lari topik.
Teman terbaik saya adalah teman maya pertama saya.
Hubungan ukhwah yang terjalin sudah 3 tahun lebih.
Perkenalan dari tulisan kreatif dia, mengikat ukhwah kami.
Alhamdulillah.
Dahulu, ada sedikit rasa cemburu, sebab saya bukan teman terbaik dia.
Tapi bila difikirkan, biarlah, saya gembira dengan menganggap dia teman terbaik saya.
Dan walaupun setiap tahun saya mendapat teman maya yang baru.
Dia kekal sebagai teman terbaik saya.

Siapa?

Kak Izzati saya panggil dia.
Saya kenal waktu saya form 3, kiranya tahun 2008 la kan
Akhir tahun 2009, Alhamdulillah, Allah bagi peluang bertemu dengan dia.
Kalau tanya sebab apa dia lebih istimewa dari teman maya yang lain,
Q, Kak Liza dan Kak Adawiyah.
Saya tidak punya jawapan.
Sometimes we don't have the reason to choose someone as the best & to like someone the most right?
Rahsia hati, tak siapa tahu.
Semua teman maya saya baik.
Teman realiti juga begitu.

kata dia : tika diri berjauhan, hati kita saling mengikat. tidak perlu dikhuatir, ukhwah terlerai, kerana selagi niat di hati, hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi, melalui ukhuwah yang DIA beri. InsyaAllah, ukhwah akan kekal selamanya.

teman sekolah

teman sekolah yang saya kasih,
jangan risau,
walaupun kita berjauhan,
InsyaAllah ukhuwah kita masih terbela.
oleh awak dan saya.
oleh kita semua.

For your information, teman, just one reason you be my friend, ukhwah ini adalah kerana Allah yang takdirkan begitu.
Dan saya gembira dengan takdir ini.
Jika dahulu kita lawan, sekarang kita kawan.
=) Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment