Apabila saya cerita pada mak dan abang hasrat untuk berkahwin lambat,
hasrat saya ditentang keras. haha
Now, I just can say.
Tak kisah la lambat ke awal.
Sebenarnya bukan ini yang saya nak cerita untuk entry kali ni. haha
Date
I had a date with syahidah last saturday.
Alhamdulillah, dapat juga bertemu dengan someone waktu pergi ke Kulim.
Tapi banyak betul benda yang memalukan berlaku hari tu.
First, saya terhantar mesej pada nombor yang salah.
Langsung saya tak perasan.
Saya nak mesej Surhana untuk ajak keluar, tapi finally I sent to someone else yg cuma 2 nombor akhir terbalik dari nombor telefon Surhana.
Orang tu reply mesej cakap dia ayah Surhana.
Saya yang percaya pun hantar mesej minta maaf(tak perasan salah hantar) dan bagi tahu nama penuh saya sebab takut ayah dia salah faham yang saya laki kerana saya bagi tahu nama saya 'nik' untuk mesej sebelum ni.
Suddenly, orang tu call & said "Assalamualaikum. Awak salah orang la. Tadi saya saja je main-main."
Saya pun terkedu, tak sempat jawab dia dah letak.
Second, waktu pergi ke Giant, saya boleh buat lawak sengal.
Naik lif tekan G. Waktu tu lif dah gerak.
Orang dalam lif ada 3 tak termasuk saya. Semuanya pusing pandang saya pelik. Waa.
Third, waktu nak balik Lenggong semula.
Singgah solat sebentar di Badlishah.
Waktu nak ambil wudhu', terperasan ada 1 klip kertas kayu yang cantik berhuruf N di klip di belakang tudung. Waa
Abang did it. Dah la saya jalan merata, Minat, Pizza, Nutrimetics. Waktu di Giant, abang tak buat lagi kut.
Segan betul.
Main
Sebenarnya, yang di atas ada lah cerita sampingan.
Mesti ada yang dah kata apa kena mengena dengan tajuk.
Apa yang saya betul-betul nak share dalam entry kali ni tentang turning point and ukhuwah.
Sebab saya ada borak dengan Syahidah tentang ni.
Turning Point
Tak ramai dalam dunia ni yang sejak lahir, tak pernah buat sesuatu yang tidak ikut syariat.
Ramai yang ada masa gelap masing-masing.
Cuma, ada yang mahu berkongsi zaman gelap mereka dengan yang lain dan ada yang tidak.
Saya? Saya memilih untuk berkongsi sedikit sahaja dengan sesetengah orang.
Sebabnya, saya bukanlah jenis yang suka bercerita dan memberitahu orang tentang diri saya.
Syahidah cakap, ramai kawan-kawan yang sebaya saya nak lakukan titik perubahan.
Apa yang nak saya tekankan, turning point tak boleh dibuat juga hanya dengan niat dan kata-kata.
Jika sudah ada niat di hati, praktikkan segera.
Sebab, jangan biar niat tu tinggal niat.
Ramai yang bila mahu lakukan turning point, fikir nak buat di satu tempat yang khusus. Universiti, bila buat haji, umrah.
Jangan! Bukan jangan berubah. Bila dah niat, dan kita tahu niat kita niat yang baik.
Quickly make the turning point.
Dalam masa yang sama, dekatkan diri dengan Allah dan orang berilmu.
Saya waktu mula-mula nak buat turning point, saya rasa macam saya belum sedia sepenuhnya.
Tanya diri, hebat sangat ke diri kita melawan hasutan syaitan? Rasa belum sedia adalah dari syaitan kawan-kawan. Maaf jika agak kasar dan sinis.
Tapi jujur saya katakan, saya sendiri ada zaman gelap.
Jangan rasa rendah diri, & tak layak bila berkawan dengan orang berilmu, tudung labuh.
sebab kita semua adalah dalam jalan yang sama, meniti jalan untuk menjejak redha Allah.
Dan ingat sesuatu, mereka yang berilmu, tudung labuh tu pernah juga meniti jalan seperti kita,
dan mereka berubah kepada apa yang kita lihat sekarang.
Jadi, kenapa tidak kita juga membuat turning point tu.
Saya sendiri banyak lagi kurang.
Masih ada lagi turning point yang saya perlu lakukan apabila saya terlari dari landasan.
Tapi saya yakin, bersama awak & awak di sisi, InsyaAllah turning point masih belum lambat untuk di buat.
Cabaran
Bila kita lakukan turning point, jika ada suara sumbang yang mengata.
Sumbat telinga dengan kapas. Bukan kapas biasa ya.
Kapas ajaib iaitu, zikirullah kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
InsyaAllah kesabaran akan meningkat dan komen-komen negatif tidak sedikit pun menggugat turning point yang kita lakukan.
Tak dinafikan, memang banyak yang mengata dengan perubahan kita.
Tapi sebenarnya kata-kata mereka adalah tarbiyah dari Allah yang menguatkan kita.
Saya dahulu, sering jatuh dengan kata-kata mereka,
Alhamdulillah, Allah mengurniakan mereka di sisi, menguatkan semangat.
Dan saya belajar menggunakan kapas ajaib selepas itu.
Jadi, saya akan selalu bersedia membantu, menyokong awak dan awak dalam perjuangan melakukan the turning point.
Sebab, nanti awak juga akan membantu, menyokong bila saya melakukan another turning point saya juga. InsyaAllah
Ukhuwah
Soalan dari Syahidah, "tak sedih ke tinggal kawan-kawan di sini?"
Tipu la saya kata tidak.
Tapi roda kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Cuma bezanya, takrifan perpisahan dari perspektif saya, bukanlah terputus terus hubungan saya dengan mereka sebagai sahabat saya.
Kerana saya yakin, maksud ukwah islamiyah.
Menurut Imam Hasan Al-Banna: Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.
Jadi, InsyaAllah,ukhuwah Islamiyah yang kita jalin akan sentiasa mengikat kita walau jauh beribu batu.
InsyaAllah, saya cuba menjaga ikatan ini sebaik mungkin.
Awak juga perlu menjaganya ya.
Kita sama-sama menjaganya. InsyaAllah.
Lepas ni, daripada mesej dengan pakwe, baik mesej dengan sahabat.
Supaya tak timbul jurang antara sahabat.
Sebab, realitinya, sahabat lebih berharga dari pakwe.
yuk, make a turning point and take care of this ukhuwah islamiyah. =)
insyaALLAH =)
ReplyDeleteayuh sama-sama berjuang!
insyaAllah...
ReplyDeleteya, bsama2 bjuang utk keredhaanNya...
=)
=)
ReplyDeletematang...