kata dia : tika awak terasa bagaikan sendirian, Allah telah kurniakan mereka kepada awak. Tika awak terasa ditinggalkan, mereka ini akan terus di samping awak. Itulah dia mereka, family awak.
saya rasa rajin pula menulis lagi satu entry.
tak pernah kan saya tulis tentang family saya.
Mereka yang terpenting untuk saya.
jadi, entry ni, saya nak mereka tahu,
saya sayang family saya.
jika sesuatu berlaku, sekurang-kurang blog ni sebagai saluran.
mak ayah
selalu je sokong apa saya buat.
masuk UTP, berhenti UTP.
walaupun saya ni terlebih manja, mengada-ngada, gedik kadang-kadang.
sampai adik saya pun marah.
tapi, mak ayah tak pernah marah.
sebab, mungkin mereka faham.
anak yang sorang ni memang macam ni kan. haha
walaupun, kadang-kadang ada juga perkara yang mak ayah tak berapa faham.
nak buat macam mana, salah saya juga.
cakap berterabur, tak sampai maksud. haha
abang
dulu, waktu sekolah, menengah rendah terutamanya.
rasa sangat istimewa.
yang rapat dengan saya semua tak ada abang.
saya ada. dengan abang pun saya manja juga.
abang tak ada la nak berlawak ganas dengan saya.
pukul-pukul, macam dengan adik.
sebab, saya kan manja. haha
tapi, bila fikir-fikir,
lambat atau cepat,
abang akan ada keluarga baru.
doa saya, i get a good sis-in-law.
supaya saya boleh terus manja dengan abang. haha. entry sebelum ni cakap nak berubah. aiya.
kakak
once, being the closest person to me.
tapi dulu la.
sebelum kakak pergi US.
sebab kakak lepas pergi US, dah lain.
lebih matang dang garang. jangan marah ye kakak.
tiap tahun macam excited tunggu hari kakak balik.
tapi, bila kakak dah ada di sini, asyik gaduh je. haha
entah kenapa.
tapi selalu gaduh tak lama.
sebab saya kan manja. haha
ha! jangan salah faham gaduh bertumbuk ke apa ya.
gaduh mulut je. haha
ramai cakap kakak cantik.
saya akui. kakak sila jangan perasan.
hope to get good bri-in law too.
nak jaga kakak saya yang nampak kuat, tapi fragile di dalam.
adik
adik saya ni, entah kenapa.
saya memang tak boleh nak marah.
teringin juga kadang-kadang nak marah, cubit-cubit macam kakak yang lain buat kat adik dorang. macam kakak saya buat juga. haha
tapi, i really can't do it.
kalau nak marah je, mesti akan terfikir. patut tak marah dia.
tapi kalau saya geram sangat dengan dia pun, saya yang akan nangis.
saya tak suka tengok budak ni nangis. haha
jadi, jika dia buat salah ke apa,
saya yang akan rasa bersalah. sebab saya terlebih manjakan dia.
i hope to get good bro-in-law too.
moga-moga yang garang sikit. haha
related to the entry before,
one more reason saya nak kahwin lambat.
saya nak tengok abang, kakak, adik bina keluarga dahulu.
sebab, boleh saya pergi rumah dorang,
rapat dengan ipar.
ada anak-anak saudara yang sayang saya.
ikat rambut dorang. dari kecil saya suka main rambut orang. haha. jangan lepas baca ni semua orang sembunyi anak dorang dari saya sudah. haha
I never put a fake or 'plastic' smile when I'm around my family. Because, having them with me, I have a better life.
No comments:
Post a Comment