Ada seekor keldai yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Keldai itu mengeluarkan bunyi supaya ada orang menyedari, ia sudah terjatuh ke dalam itu. Seorang lelaki menyedarinya, lalu dia melihat ke dalam perigi buta itu.
Lelaki itu pun berfikir caranya untuk mengeluarkan keldai itu dari perigi buta. Fikir punya fikir, akhirnya lelaki itu masih tidak tahu penyelesaiannya. Tiba'tiba, timbul 1 idea "Ah, lebih baik aku timbuskan perigi buta ini dengan tanah. Keldai ini memang tidak dapat dikeluarkan. Daripada orang lain pula yang menjadi mangsa, terjatuh ke dalam perigi ini, baik aku timbuskan saja." Lelaki itu pun pulang ke rumah, mengambil peralatan dan mengajak beberapa orang lelaki untuk membantunya.
Sesampainya mereka di perigi buta itu, mereka terus melakukannya. Keldai itu menyedari bahawa lelaki-lelaki itu ingin membiarkan ia di dalam perigi itu dengan menimbuskan tanah. Lalu keldai itu pun berteriak dan menangis dengan kuat sekali. Lelaki-lelaki itu tidak menghiraukannya.
Tiba-tiba, keldai itu diam. Lelaki-lelaki itu terkejut. Mereka menjenguk ke dalam perigi buta itu. Mereka lihat keldai itu mengoyangkan badannya dan membiarkan tanah-tanah yang berada di atas badannya jatuh ke bawah. Lalu, ia naik di atas tanah itu. Keldai itu terus melakukan tindakan yang sama setiap kali tanah dimasukkan.
Akhirnya, ia berjaya naik dan keluar dari perigi.
Pengajarannya ialah, apabila kita menghadapi masalah, dugaan, jangan gelabah, putus asa tetapi tenang dan memohon petunjuk Allah menghadapinya. Setiap masalah, dugaan yang kita tempuh, pasti ada penyelesaiannya.
Ingat lagi, ayat Al-Quran yang kerap kali kita dengar. Ayat 286 dari Surah Al-Baqarah?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286)
Jelas sekali, Allah bagi ujian, dugaan yang berbeza untuk setiap hambanya. Sebab kita semua berbeza. Allah bagi ujian, dugaan pada hambanya dan dalam masa yang sama Allah sudah pun sediakan penyelesaiannya. Cuma kita perlu berusaha mencari penyelesaiannya. Jangan pernah putus asa, tetapi terus yakin pada Allah, pada kemampuan diri, minta petunjuk dari Allah dan InsyaAllah penyelesaiannya terbentang luas di hadapan mata setelah kita berusaha.
No comments:
Post a Comment