kata dia : pengalaman yang pahit itu sering kita hendak lupakan tetapi kita tidak menyedari, kerana pengalaman yang pahit itu, kita telah bertemu sesuatu yang paling manis dalam hidup kita... =)
sungguh
memang kes pengsan hari tu,
kalau boleh nak buang je dari memori.
tapi bila saya renung balik apa yang berlaku.
saya temui sesuatu.
kalau saya tak hampir pengsan,
mungkinkah saya akan serapat sekarang dengan akak-akak tu.
kak madi, kak tikah, kak fizah, kak zati, tak larat dah nak senarai.
yang ni paling rapat pun setakat ni.
see
memang peristiwa tu memalukan.
tapi bila difikirkan, tak apa lah.
mungkin itu jalan yang Allah bukakan untuk saya lalui,
jalan supaya saya bertemu dengan akak-akak tu.
jalan supaya saya dekat dengan Allah. InsyaAllah.
impian
di sini, meski impian saya untuk bantu di rumah anak yatim tergendala,
impian untuk kelas coklat, kelas memandu terbantut.
tapi di sini, saya jumpa impian saya yang lain.
jumpa impian saya untuk serta komuniti usrah.
impian untuk sertai tazkirah.
insyaAllah, dengan impian ini, impian saya yang lain akan tertunai.
kerana sebuah peristiwa yang memalukan, terjalin sebuah ukhwah yang menggembirakan....
yuk, jangan terlampau risau dengan peristiwa yang memalukan diri, kerana rahsia Allah tak siapa tahu...
No comments:
Post a Comment