About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Jan 23, 2011

Mahasiswi?

letih

ye la.
baru pindah rumah hari ahad (9/1/2011),
then, kena kemas rumah.
kemas barang nak ke UTP.
demam.
masuk UTP.
sangat letih~
bila masuk sini pula, ada MAS,
tidur 3 jam sehari.
dengan keadaan diri yang baru nak pulih dari demam,
ditambah pula dengan keletihan melampau.
(actually, bagi saya yang manja ni memang letih. biasalah. tak pernah buat kerja lasak. haha.)
datang la penyakit.

malu

memang memalukan.
hampir pengsan waktu sesi disiplin MAS,
tak boleh nak bayang.
pergi mana-mana,
mesti saya ada buat perkara yang memalukan diri sendiri.
dan, yang lebih parah malunya,
orang ingat saya pengsan kerana terlampau takut sesi disiplin. huhu
memang la cuak sesi disiplin.
tapi bukannya sebab tu.
bila pergi klinik, doktor cakap sebab degupan jantung tak sekata.
dan mungkin terlampau letih.
tapi, dah orang dah faham saya pengsan sebab sesi disiplin,
biarlah. walaupun segan gila dah bila fasi disiplin cakap maaf sebab marah-marah sampai ada orang pengsan waktu sesi disiplin. dia cakap waktu malam penutup MAS.
memang memalukan.
dah la hampir nak kena tahan kat wad malam tu.

suka

i love this campus life.
meet with all the sisters.
akak-akak senior yang baik, alim.
rasa suka sangat dengan akak-akak tu.
tenang tengok muka diorang.
ada seorang kakak, yang saya rasa sayang kat dia,
saya boleh agak nama dia walaupun belum pernah jumpa.
saya suka tengok dia.
ramai lagi akak-akak yang saya suka.
sangat baik, caring, loving.
tapi walaupun saya jumpa ramai akak-akak yang baik,
dan saya sayang diorang.
saya masih tetap paling sayang the only kakak i have in this world.
sebab dia kakak, dan yang lain akak.
mungkin orang tak nampak apa bezanya kalau sekadar kurang huruf k di depan.
tetapi, bagi saya yang suka bermain dengan kata-kata,
banyak bezanya, banyak maksudnya.

jauhkanlah

sekolah dulu, memang tak ada lah nak jumpa muka lelaki yang sejuk mata memandang.
tenang hati melihat. yang menyebabkan kita nak pandang buat kali kedua.
tapi jangan ya pandang kali kedua.
zina mata nanti jadinya. itulah yang saya cuba kawal
ya la. muka diorang kat sini bercahaya.
muka orang baik.
saya harap Allah jauhkan hati saya dari menyukai mereka yang berlainan jantina.
harap Allah tak benarkan hati saya dicuit bila melihat mereka yang ajnabi.
sebab, biarlah hati saya ini hanya untuk dia yang bergelar suami.
susah nak jaga hati di sini,
sebab dahulu tak jumpa pun laki yang baik, yang sejuk mata memandang.
sekarang, terlampau ramai.
dan jumpanya di masjid.
takut hati susah di kawal di situasi baru.
semoga Allah terus membantu saya mengawal hati dari diusik rasa suka pada mereka, yang tidak halal bagi saya. usikan yang datang dari syaitan. Nauzubillah.

yuk, doakan saya ya.

No comments:

Post a Comment