About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Mar 27, 2011

Islam itu Indah

kita merancang,
Allah merancang
dan perancangan Allah yang terbaik!


that word make me realise. Kita rasa apa yang kita mahu terbaik untuk kita. Tapi sebenarnya tidak! Bila tidak, Allah tidak memberi kita benda yang kita mahu. Dalam masa terdekat, banyak yang saya rancang, saya mahu tak tercapai. Tapi, when someone said those words I realise. Kita boleh rancang, boleh minta itu ini pada Allah, tapi bila benda tu bukan terbaik untuk kita, kita tak akan dapat.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Al-Baqarah : 216


Ayat tu dah bagi penjelasan yang jelas, terang dan nyata. Kita selalu merasakan kegagalan tu sesuatu yang tidak baik untuk kita. Kita lupa ayat cinta dari Allah dalam Surah Al-Baqarah tu. Allah tidak akan jadikan sesuatu tanpa sebab. Takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia. Cuma bezanya, di sebalik tiap kejadian hikmahnya yang kita nampak baik untuk kita akan datang lambat atau cepat. Benda yang kita rasa tak baik untuk kita tu sebenarnya terbaik untuk kita.

Memang! Tipulah kalau dikatakan tiada langsung rasa kecewa dengan result SPM tu. Iman saya bukannya tinggi mana. Tapi, hati cepat terpujuk dengan ayat-ayat cinta Allah yang dikirimkan teman-teman. Hati, diri cepat-cepat tersedar. Kejayaan straight A's bukan terbaik untuk saya, sebab itu Allah tak bagi pada saya. Bukan kata-kata ni untuk pujuk hati. Tapi ini satu realiti. Supaya saya perbaiki diri.

UTP, saya rasa itu destinasi saya. Tapi, bukan juga. Saya perlu tinggalkan kerana tidak sihat. Tipu lagi jika saya cakap langsung tiada rasa terkilan, sedih. Sebabnya, di sini saya rasa jalinan ukhwah yang terbina tidak sama di tempat lain. Ikatan yang menjalinan ukhwah ni kejap, tanpa kira usia. Di sini, saya belajar usrah. Usrah, sharing yang seolah-olah datang sendiri tanpa perlu saya mencari. Saya sedar, tempoh yang singkat Allah beri pada saya di UTP, membolehkan saya belajar sesuatu. Sesuatu yang tak pernah saya perolehi sebelum ini. PERJUANGAN ISLAM. InsyaAllah saya akan istiqamah. Teman-teman tolong ingatkan saya. Jangan biar saya lari dari landasan perjuangan Islam. Bezanya dahulu, di UTP semua itu mudah sahaja di perolehi. Saya masih di tahap permulaan. Namun, lepas ini saya perlu mencari sendiri. Kerana perjuangan Islam tidak boleh digerakkan sendirian.

Sesungguhnya Allah menyukai orang- orang yang berpegang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur (As-Shaff : 4)


Saya merancang untuk tinggal di UTP beberapa hari sambil mengemas barang-barang untuk dibawa pulang. Namun, tidak menjadi rancangan saya. Sampai sahaja di UTP, saya lihat kawan-kawan sedang mengangkut barang masuk ke dalam van UTP. Semuanya mahu pindah ke V5. Jadi, ayah suruh saya kemas barang segera dan terus pulang. Alhamdulillah kali ini langsung tiada rasa sedih, kecewa mahupun terkilan. Sebabnya saya sudah peroleh mesej dari seseorang. Saya yakin, InsyaAllah ada pertemuan semula dengan kakak-kakak dan teman-teman di UTP.

Mesej : … InsyaAllah selagi enti berada di jalan Islam, sentiasa ada pertemuan semula…


Itu sebahagian dari mesej yang saya terima. Bila kawan-kawan cakap mahu pindah ke V5 dan terus tinggal di sana, Alhamdulillah. Saya masih mampu tersenyum meskipun apa yang saya rencanakan tidak terlaksana. Saya yakin! Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ini dan setiap yang terjadi ini terbaik untuk saya. Untuk awak. Untuk kita. =)

p/s : ada teman suruh saya tulis tazkirah di blog. Saya tak reti la. Adakah ini dinamakan tazkirah? =)

1 comment:

  1. assalamualaikum awak

    entry yg panjang.ada kata kunci, pengolahan, dan konklusi (gaya cikgu BM). tazkirah kan peringatan. kte rasa beringat bila baca post ni :)

    kte pun slalu rasa kecewa tak dapat apa yg kte nak.tp awak slalu cakap, 'xpela, bkn rezeki awak'. bila dengar ayat tu, hati kte terus jd lapang, dah tak risau.mcm wktu tudung yg awak kirim xsampai2.mula2 resah je kte.p2 awak ckp 'klo tudung tu memang ditakdirkan utk awak, insyaAllah awak akan dapat juga'.

    :D

    ReplyDelete