kata dia : ketika diri baru hendak mencapai bintang, hari sudah menjelang pagi, tetapi diri ini terus meyakini, bintang yang lebih indah akan muncul pada waktu malam yang bakal menjelang kerana Allah akan memberikan yang terbaik untuk hambanNya samada tersurat mahupun tersirat. Cuma kita seringkali tidak menyedari yang tersirat. =)harapan
sekali lagi.
harapan tak tercapai.
tapi bukankah belajar dari pengalaman?
jadi, saya tahu,
saya baru hendak mencapai bintang,
tetapi tidak sempat saya mencapai,
matahari sudah menampilkan diri,
lalu bintang sudah hilang dari pandangan.
tetapi, tidak mustahil Allah berikan saya peluang untuk menggapai bintang yang lebih indah pada malam yang lain.
yakin
kerana pengalaman dahulu,
diri ini lebih yakin,
bahawa Allah akan terus menguji keyakinan kepada Dia,
alhamdulillah.
hati
semoga kita dapat kukuhkan keyakinan kita kepada Allah dalam hati,
kerana hanya Dia maha berkuasa menentukan segalanya,
alhamdulillah, jika kita di uji,
itu tandaNya Dia masih kasihkan kita.
bukankah ujian itu tabiyah untuk kita?
yuk, kukuhkan keyakinan, tanamkan keimanan.
No comments:
Post a Comment