kata dia : carilah teman yang sama-sama mengorak langkah menuju redha Ilahi dan apabila dirimu tertinggal di belakang, dia bukan sekadar menantimu, tetapi bergerak ke arahmu lantas memegangmu lalu menarikmu supaya terus ke hadapan. =)selalu juga diri ini tertanya-tanya suatu ketika dulu,
akankah saya memiliki teman sebegitu.
kini
sedikit demi sedikit, saya mula yakin,
saya sudah memiliki teman begitu,
teman yang saya rindu, saya kasih,
teman yang tidak melalaikan.
disaat saya jatuh,
bukan hanya sepasang tangan menghulur,
memberi bantuan.
membantu saya bangun dan meneruskan langkah.
Alhamdulillah, Subhanallah.
tetapi
saya juga sedar,
saya hanya menanti teman begitu,
tetapi tidak berubah ke arah itu,
jadi layakkan saya mendapat teman-teman sebegitu?
terasa rendah diri ini disisi mereka,
mereka berlari ke arah saya bila saya tertinggal di belakang,
tetapi saya, saya hanya menanti mereka datang kepada saya di saat mereka tertinggal di belakang,
astaghfirullah, kejamnya rasa diri ini.
lalu
saya mula sedar,
patutlah saya seringkali mendapat beberapa rakan-rakan di sekolah yang bukan hanya tidak menanti saya tika saya tertinggal, tetapi terus meninggalkan saya,
sebabnya, saya hanya menanti perubahan dan mengharapkan yang baik-baik dari seorang rakan, sahabat mahupun teman,
tetapi diri ini,
tidak berusaha ke arah itu.
syukur
alhamdulillah kerana kesedaran itu, saya cuba berubah,
menjadi rakan, teman dan sahabat begitu.
biar arah kadangkala tak sehaluan, tetapi,
pengakirannya adalah sama,
menghadap Allah Yang Maha Esa,
saya mahu menjadi kawan, rakan, sahabat dan teman yang bersama-sama ke pengakhiran yang satu itu.
amanah
ya, memang!
kawan, rakan, sahabat dan teman itu adalah sebuah amanah dari Allah,
ramuan utama dalam resepi hubungan persahabatan ialah niat yang ikhlas kerana Allah,
lantas
kita perlu pikul amanah itu,
sebab itu, bila ada kesalahan yang dilakukan,
kita tidak boleh hanya memerhati dari jauh dan berharap di hati supaya mereka terus berubah,
tetapi kita perlu menegur,
menarik mereka dengan lembut ke arah jalan yang betul.
tahu
saya tahu!
saya masih tidak begitu,
tapi saya cuba berusaha ke arah itu,
yuk, sama-sama berusaha, menjadi rakan, kawan, sahabat dan teman sebegitu.
kerana perjalanan kita masih jauh,
dan selagi ada waktu,
selagi itu, masih ada laluan untuk kita meneruskan langkah.
No comments:
Post a Comment