kata dia : Hidup penuh dengan pilihan. Jangan biarkan kita dikuasai pilihan tetapi kita yang perlu menguasai pilihan.sebab
kita ada Allah.
kita ada istikharah sebagai pengantara kita dengan Allah,
jadi jika di persimpangan,
sebaik-baiknya kita buat istikharah.
dan istikharah ini perlu dijadikan amalan harian,
sebab, hidup ini penuh dengan pilihan.
“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran.” (Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2). Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.
kenapa
jadi, kenapa kita perlu bersedih tika buat pilihan,
kita perlu letakkan kepercayaan, keyakinan kepada Allah sepenuhnya,
tidak kira apapun yang terjadi, selepas membuat pilihan,
baik atau buruk,
redha, dan terus yakin.
Allah telah aturkan sesuatu untuk kita di hadapan,
mungkin yang baik belum muncul lagi,
tapi pasti akan muncul.
“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”(HR.Thabrani)."
No comments:
Post a Comment