About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Oct 30, 2010

Ibu Ayah

kata dia : mulakan langkah pertama, untuk memiliki langkah seterusnya. selagi ada waktu, mulakan langkah pertama itu!
pengorbanan

ibu bapa dah banyak berkorban untuk kita.
terlampau banyak.
dan kita,
sebagai anak perlu tunaikan amanah.

amanah

amanah itu, telah lama saya dapat,
anda juga.
tetapi kita tidak perasan pun amanah itu,
mungkin juga lupa.
amanah kita di sekolah, untuk belajar; menuntut ilmu.

tahukah anda?

ustaz kata kita dikira menderhaka pada ibu bapa bila kita tak tunaikan amanah itu.
amanah yang sepatutnya kita ke sekolah untuk belajar
tapi kita, ke sekolah borak benda remeh, main-main.
kita di kira menderhaka.
berdosanya kita.
saya waktu dengar ustaz cakap rasa macam tengah menggalas batu.
berat sangat dosa itu.
waktu tu, saya mula tekad.
i have to change my niat, and struggle for SPM.
moga saya istiqamah selamanya.
dan dapat jalankan amanah itu.
anda juga ya.

sebuah kisah tentang sebuah pengorbanan

ustaz cerita tentang pengalaman dia memberi motivasi di sebuah sekolah rendah. tentang kisah yang diceritakan oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang kehilangan ibu dan ayahnya.

KISAH 1
Saya paling ingat sewaktu bulan Ramadhan. Pada waktu pagi, saya akan dengar emak sedang menggoreng, menumbuk cili, dan memasak untuk sahur. Ayah akan datang dan kejut saya bangun, bila saya tak mahu bangun, ayah akan dukung saya ke dapur. Ayah letakkan nasi dalam pinggan, suruh saya makan secara lembut.

Tapi sekarang, saya tak boleh dah bersahur dengan mak dan ayah. Mereka sudah tiada dengan saya. Saya rindu saat itu. Sekarang bila hampir tiba hari raya, ayah dan mak rakan-rakan belikan mereka baju baru, kasut baru. Kalau ayah masih ada tentu ayah belikan semua itu untuk saya juga. Saya rindu saat itu.

Bila hari raya, saya cemburu tengok rakan-rakan salam mak ayah dorang. Jadi saya pergi kubur mak dan ayah. Saya baca doa. Saya terbayang mak dan ayah di depan saya dengan baju putih. Baru saya nak peluk mereka, saya tersedar dari bayangan yang saya cipta. Saya dah tak boleh peluk mereka lagi. Saya hanya boleh peluk batu nisan mereka saja sekarang. Mereka dah tak ada.

KISAH 2

kisah ni kisah ustaz sendiri

pada tahun 1995, saya ke lapangan terbang bersama ayah, emak dan kawan ayah. Saya akan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Saat di sana, ayah melihat orang lain ada beg. Lalu ayah ke kedai membeli beg untuk saya. Sampai saat ini saya masih simpan beg itu.

Sebelum berangkat, saya peluk ayah, cium ayah. Tetapi saya tidak pernah menyangka bahawa itu adalah pelukan terakhir saya. Setelah 6 bulan di sana, ayah saya meninggal. Khabar itu tidak disampaikan emak kepada saya kerana saya sedang menduduki peperiksaan, tetapi saya tahu dari seorang keluarga jauh.

Setelah mengetahuinya, saya menelefon emak, emak khabarkan bahawa ayah telah selamat di kebumikan 3 hari lalu.

Kisahnya begitu, tetapi telah saya olah, sebab biasalah sumber lisan. Saya cuba tidak menokok tambah, tetapi jika ada maafkan saya.

harga

jadi, sebelum terlamabat, sementara masih ada waktu yang bersisa,
hargai mak ayah kita,
jalankan amanah mereka dengan ikhlas.
kasihkan mereka,
berjasa untuk mereka.
memang! pengorbanan mereka tak akan pernah dapat kita balas.
tapi kita boleh melakukan semampu yang mungkin.
dan selagi ada waktu,

harapan

jika suatu hari nanti jodoh saya sudah sampai,
saya harapkan seorang lelaki yang akan menyayangi ibu dan ayahnya lebih dari sayangnya pada saya,
menyayangi ibu dan ayah saya lebih dari sayangnya pada saya,
bukan hanya atas dasar tanggungjawab dia rapat dan berjasa dengan ibu dan ayahnya dan ibu dan ayah saya,
tetapi kerana kasih sayang,
kerana bagi saya, kasih sayang akan menimbulkan tanggungjawab tetapi tanggungjawab tak akan menimbukan kasih sayang.

ah, indahnya sebuah pengorbanan. semoga kita istiqamah berjasa kepada ibu bapa kita.
yuk, mulakan langkah pertama

No comments:

Post a Comment