About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Oct 22, 2011

Pinjaman?

assalamualaikum...

dahulu,
tika di utp,
saya pernah ditegur seorang kakak,
kerana tidak menjaga pemakanan,
menyebabkan saya sering sahaja gastrik.

katanya, apa yang kita ada sekarang bukan milik kita,
hanya pinjaman dari yang Esa.
contoh yang paling mudah diberikan pada saya.

"ibaratkan awak tiada handphone,
akak ada 2, dan akak pinjamkan pada kamu,
tapi kamu tidak menjaganya,
campakkan, tinggalkan merata-rata,
akak yang lihat pasti akan marah.
"awak nak ke tidak sebenarnya? dah la tak ada, akak pinjamkan, awak campakkan saja.""

katanya, macam tu juga dengan anggota pinjaman Allah,
DIA boleh tarik bila-bila masa,
selagi daya, jaga pinjamannya baik-baik,
kerana semua ini bukan milik kita,
hanya pinjaman dari yang ESA.

saya terfikir,
perlunya menjaga kan.
kasihannya pada anggota badan saya.
kasihannya pada anggota badan mereka yang merokok.

doa saya,
saya mendapat 'dia' yang akan turut
bersama saya menjaga tiap kurniaan dariNya.
tiap pinjaman dariNya.

amin ya Rabb.

^_^

No comments:

Post a Comment