About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Oct 8, 2011

Allah Sayang.

assalamualaikum...

minggu lepas,
air mata asyik menitis.
bukan homesick.
sungguh, jika saya cakap saya tidak rindu rumah, keluarga.
tipulah kan.

tapi, air mata menitis kerana rasa terharu,
terharu yang teramat dengan Allah,
saya sedar,
kadangkala saya mengeluh dahulu,
kerana jalan yang saya tempuhi untuk sebuah cita-cita tidak sama seperti orang lain.
saya sedar, bibir ini mengeluh kerana sakit yang perlu dihadapi,
hingga saya rasa tergapai-gapai dalam dunia saya yang tidak pasti.

tapi,
kini, saya sedar.
sangat sedar, Allah gerakkan hati saya melangkah ke utp,
walaupun bukan tempat itu destinasi saya mendapatkan segulung ijazah,
hidup jauh dari keluarga buat kali pertama,
ada ibu dan ayah yang tidak putus-putus memberi pelbagai benda untuk kemudahan saya di sana,
Allah bukan sengaja,
kerana tempat itu mengajarkan saya bermacam benda,
memperkenalkan saya pada usrah dalam kesibukan belajar,
saya belajar makan setalam,
saya belajar mengamalkan Al-Mulk sebelum tidur,
saya belajar pelbagai benda di situ.

langkah-langkah saya di uitm juga kerana Allah mahu hadiahkan sesuatu pada saya,
mengajar saya hidup di sebuah universiti yang dunianya sangat berbeza dari utp,
tiada usrah, tiada pengisian mingguan,
saya sedar, andaikata dari utp, terus saya dicampakkan di sini,
saya tidak kuat, walaupun saya telah belajar pelbagai perkara di utp,
kerana perjalanan ini telah Allah rantaikan.

makin deras air mata mengalir melihat video yang ditayangkan,
ukhwah islamiyah kerana Allah,
Allah sayangkan saya,
ada peluang kedua untuk saya,
peluang kedua untuk saya masuk ke dalam sebuah keluarga usrah,
mungkin tidak sama seperti yang dahulu,
tapi saya tahu,
tujuan dan destinasinya pasti sama,
menjejak redha Allah dan meniti jalan memperjuangkan Islam.

sungguh,
apa yang pernah saya lalui,
kembali terlayar di ruang mata,
terharunya saya dengan Allah,
saya bukannya baik dan hebat memperjuangkan islam.
tetapi Allah tetap kasihkan saya,
persiapkan diri saya sedikit demi sedikit,
bagi saya lalui hidup yang mencabar peringkat demi peringkat,
supaya saya kuat, semangat dan kental.

alhamdulillah,
dan saya makin nampak sesuatu,
memang sampai sekarang saya akui,
saya tak boleh lupa dibanding-bandingkan,
tapi saya sedar,
Allah bukannya sengaja biarkan dalam memori,
tetapi mungkin Allah mahu saya ingat,
saya juga akan bergelar pendidik,
supaya saya tak lakukan benda yang sama,
dan mengingatkan rakan seperjuangan yang lain,
agar berkurang jiwa anak-anak kecil yang tercalar,
agar tiada rasa rendah diri yang ditanam.

insyaAllah, kita saling ingat mengingatkan.
kerana kita kan ingin melangkah bersama,
tiba di sebuah destinasi yang kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment