About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Aug 18, 2011

Perasaan ini??

assalamualaikum...

sebenarnya, saya sedang berusaha tanam dalam diri rasa yakin,
yakin dan bangga saya dapat tawaran ke china.
truly, rasa rendah diri dengan tawaran ni.
ye la pandangan orang kan.
"cikgu bahasa mandarin je pun."
cikgu bahasa ni macam kurang diiktiraf.
B.A. tu macam rendah dr B.Sc
sebab tu saya tak cerita kat ramai orang pun saya nak pergi.
orang yang betul-betul rapat je saya akan cerita.
sebabnya,rasa rendah diri.
sebab tu tak ada la sangat na kecoh kat fb ke apa.
blog ni sebab tak ramai tahu.

bila berdiri di samping kakak,
kadang ada rasa segan menyapa,
saya tahu ahli keluarga, saudara mara bangga dengan tawaran ini,
bila ada orang bertanya "belajar di mana?" dan tika itu di samping kakak saya berdiri
pasti saya hanya terdiam di sisi,
hanya kakak menjawab soalan yang diberi,
untuk dia dan saya.
saya?
hanya cuba mengukir senyum di bibir.
yang pasti, tidak tahu semanis apa rasanya.

baru-baru ni, saya baru ceritakan pada kawan di fb.
untuk menilai rasa hati,
gembira ke saya dengan tawaran ini
hati berulang kali lafaz syukur.
sebab nya supaya walaupun belum hilang rasa rendah diri,
biar ada rasa syukur di hati.

saya sedang pulihkan hati dengan baca buku motivasi "Menjadi Wanita Paling Bahagia"
saya nak jadi gembira.
gembira dengan keputusan saya.
dan berulang kali saya katakan pada diri.
keputusan ini berdasarkan petunjuk ilahi.
melalui istikharah beberapa kali.
alhamdulillah sedikit kuat hati ini.

Alhamdulillah sedikit tinggi kekuatan dan keyakinan yang Allah beri,
melalui buku motivasi,
banyak yang saya pelajari,
dan apabila baca buku itu saya terasa di ketuk berkali-kali,
sebab tiap bahagian terasa menghentam diri,
banyak kesalahan yang telah saya lali,
hingga saya rasa rendah diri sebegini.

bukan ke Allah tidak suka orang yang terlampau merendah diri?
sedangkan banyak nikmat yang telah dia beri,
jadi, untuk apa lagi rasa rendah diri?
astaghfirullah.

saya betul-betul lupa,
kenapa komen negatif yang saya rela,
bertamu di jiwa,

saya betul-betul lupa,
kenapa komen positif saya biarkan sahaja,
astaghfirullah hal azim,
sedikit kekuatan datang lagi,
Allah memang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
alhamdulillah.

walau rasa rendah diri tidak terpadam sepenuhnya,
saya harap, di akhir bacaan buku saya,
hapuslah kesemua rasa yang bertamu di jiwa.
insyaAllah,
moga Allah permudahkan segalanya.

maaf, entry kali ini macam meluah perasaan pula.
harapan saya cuma supaya tiada yang menjadi seperti saya.
insyaAllah.
hidayah Allah itu luas dan banyak terpancar, tinggal kita menjejaknya.
dan semoga setiap langkah kita di bawah rahmatNya.
amiin...

=)

Aug 16, 2011

Baca Semula

assalamualaikum.

“Love me without fear, trust me without wondering, want me without demand and accept me for who am I... for love will be eternal.”

ok, tu quote dari novella yang ditulis kak izzati.
Kills 2 Birds with 1 Stone
cerita ni best sangat tau.
sebabnya heroin nama saya. haha. perasan
memanglah bukan nama penuh.
tapi ada Afiqah tu kan nama paling penting saya.
lagipun waktu kak izzati nak tulis, kak izzati mesej tanya nak guna nama panggilan apa.

jadi, tak kisahlah perasan ke apa,
saya rasa macam kak izzati tulis untuk saya.
kan kak izzati teman terbaik saya.
saya rasa macam dengan kak izzati lah ukhwah persahabatan paling kuat.

ya la,
bukan apa, kak izzati ni la yang saya pernah jumpa di alam realiti hanya sekali,
tapi slalu saja saya masih tahu apa perkembangan.
yang selalu saya berhubung.
bukannya saya tak kasih teman-teman lain,
tapi, rasanya sebab saya dah terlebih kasih kat kak izzati sejak dapat buku Duhai Teman Sejatiku.

setiap blog saya mesti banyak entry tentang kak izzati.
ohoh, hiperbolah pula.
bukan banyak, adalah satu, dua.

sebenarnya entry kali ni,
saya nak cerita,
i'm waiting for the real 'Ukasyah' for me. haha
lagi-lagi sekarang kan saya juga insyaAllah bakal menjadi guru.
lagi la perasaan terbuai-buai. haha. takbolehblah

ampun ya, entry kali ni kurang faedah.
tapi bacalah cerita yang kak izzati tulis.
semuanya best. banyak pengajaran.
insyaAllah banyak ilmu baru yang akan anda dapat.
baca ya.
=D

Aug 1, 2011

alhamdulillah

assalamualaikum...

lama kan tak merapu di blog ni.
bila tengah exam ke test ke, macam-macam nak tulis.
tapi bila free ni, pemalas nya bukan main la.

alhamulillah,
test physics saya dapat 26/30 dan chemistry dapat full marks.
syukur sangat.
sebab tekad saya sebelum berhenti dulu nak tinggalkan nama baik.
tak mahu la orang cakap saya ambil mandarin sebab tak boleh naik ikus asasi kejuruteraan ke apa.
alhamdulillah.
tapi untuk math tak tahu la. huhu

ha,
cakap tentang nak ambil mandarin.
saya nak pergi ke china bulan 9 ni.
insyaAllah 15/9.
tapi tak konfem lagi la tarikh tu.

hikayat saya paling panjang dan complicated.
mula-mula masuk utp dengan semangat berkobar-kobar nak jadi engineer.
kemudian asyik sakit-sakit dan doktor syak sakit berkaitan jantung.
berhenti.

then, masuk uitm sebab tak dapat cikgu.
ambil asasi kejuruteraan.
sakit juga, tapi tak risau sangat sebab dekat.
sekali sakit teruk, doktor di uitm pun syak jantung lagi.
pergi buat appointment.
cek jantung, memogram, ecg, jumpa pakar semua.
alhamdulillah ok.
jantung normal.

1 minggu lepas tu dapat tawaran bahasa mandarin ke china.
waktu tu sangat blank.
sebab diri tak bersedia dan tak pernah menduga akan dapat tawaran begini.
dah tekad waktu masuk uitm, nak fikir hala tuju lepas habis asasi.
tapi terpaksa berfikir awal arah yang nak dituju.
dengan tak tahu apa-apa tentang program yang ditawarkan
after istikharah, hati tergerak untuk terima.
alhamdulillah.
Beijing Foreign Studies University.
semoga ini universiti yang terakhir untuk sudahkan ijazah dengan cemerlang.
amin...

saya tahu,
Allah bagi saya lalui jalan yang berbeza, yang bukan destinasi sebenar saya.
tetapi jalan itulah yang membantu saya melalui jalan ke destinasi sebenar saya.
jalan-jalan yang mematangkan saya, memberi kegembiraan, kekuatan dan mempersiapkan saya.
Allah jadikan tiap sesuatu bersebab kan.
dan kekuatan saya hari ini juga kerana doa dari anda.
teima kasih.

minggu lepas pergi BTN.
1 perkara yang paling saya ingat, cuba sematkan dalam hati dan amalkan.
"jadi mahasiswa cuba buat hipotisa bila lihat sesuatu. jangan terima bulat-bulat dan tolak mentah-mentah." kata ustaz yang menjadi fasi kumpulan saya
insyaAllah.
kumpulan saya menang persembahan lagu patriotik. haha.

=) ohoh, panjang la pula merapu.
terima kasih lagi sekali semua.