About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Oct 3, 2013

Untuk Kita : Jangan Ulang Lagi

Susah payah kita heret langkah demi langkah,
Meninggalkan masa lalu yang penuh noda,
Hanya untuk melalui masa hadapan yang lebih indah,
Tapi kenapa hanya sesaat,
Kita biarkan diri kita menukar lakaran yang indah,
Menjadi kelam semula,
Dan biarkan langkah yang baru ini,
Tempang kembali.

Berubah dan Istiqamah memang payah,
Tapi,
Berubah dan berubah untuk perkara yang sama lagi payah.
Kerana itu ertinya kita tidak Istiqamah.

Kita lupa sakitnya kita kerana dosa lalu,
Kita lupa kesalnya kita untuk dosa itu,
Dan kita seolah-olah lupa saat kita sujud di tikar sejadah,
Minta yang Esa ampunkan kita.

Sudah,
Jangan lupa lagi,
Jangan menanti lagi,
Kerana tiada detik yang pasti,
Kita akan kekal di dunia ini.

Hayun langkah segera,
Melangkah dengan penuh gembira,
Kerana Allah masih beri peluang untuk kita,
Untuk jadikan,
Hari ini lebih baik dari sebelumnya.

 Don't judge me by my past because I don't leave there anymore,
Help me with my future because I want to be there with you.

Nota kaki : lama tak menulis tapi lepas baca whatsapp adik, in hasilnya.

Sep 2, 2013

Cik Fi

Abang : Ni Cik Fi punya. Gi bagi kat Cik Fi. (Sambil hulur lens cover)
Faris : Cik Fi tu sape?
Abang : Cik Fi tu yang ada gantung kamera kat leher.

Terkedek-kedek cari Cik Fi.

Faris : (ketawa) Kakak ni ke Cik Fi. apalah, kan nama kakak kakak. Ni Pak Long Hanif bagi.

*

Amin  : kakak, jom main. (Tarik masuk bilik yg ada kanak-kanak 7 tahun ke bwh)
Aku : nak main apa ni?
(Tercengang. Lampu di padam)
Faris : Cepat kakak. Jerit zombie! Zombie!
(Ketawa. Permainan apakah ini)

Rindunya anak-anak ni. Rindu suasana kelam kabut bila semua bersuara. Rindu peluk setiap sorang.

Aku sering impikan hari-hariku dipenuhi ketawa manja, suara ceria anak-anak kecil. Bila bangun pagi suara mereka yang menyapa. Melihat pembesaran mereka.

Counting days. Semoga Allah permudahkan untuk jadi officially Cik Fi.

Jul 11, 2013

Siang Ikan

Assalamualaikum.

Hari ni,
belajar benda baru,
Belajar siang ikan!!
haha.

Mungkin bagi sesetengah orang,
jadi tertanya-tanya,
dah 20 tahun baru nak belajar siang ikan? haha
Jujurnya,
saya ni spoil sikit, ke banyak,
banyak benda yang baru nak belajar.

tapi,
satu perkara yang saya sedar,
selagi ajal tak menjemput,
there will never be too late to learn,
dan saya tak malu pun belajar banyak benda,
walau sesetengah benda budak darjah 1 pun dah belajar.

sebab mungkin Allah bagi orang tu tahu awal sebab dia ambil masa panjang untuk mahir,
dan bagi orang lain, dia ambil masa pendek untuk mahir.

this is what life is.
cuma, jangan pernah menyesal,
mengeluh, dan menyoal kenapa Allah bagi aku tahu lambat,
macam bila kita terima hidayah Allah,
bersyukur, sekurangnya Allah bagi hidayah,
walau orang lain dah dapat dulu,
tapi kita dapat juga kan,
mungkin walau kita dapat kemudian,
kita boleh pecut seiring dengan orang yang dapat dulu,
mungkin lagi laju.

saya rasa, makin hari skill menulis saya makin merepek,
haha. bajet macam ada skill sebelum ni.