About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Apr 21, 2011

Yakin dan Percaya

waktu dalam perjalanan nak pergi interview isnin lepas, dengar radio ikim.fm. Alhamdulillah, Allah takdirkan dapat pengisian pagi-pagi yang bagi semangat baru. Sebuah kisah yang sangat menarik disampaikan Ustaz Badlishah (tak silap saya dari suara tu).

Ada seekor keldai yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Keldai itu mengeluarkan bunyi supaya ada orang menyedari, ia sudah terjatuh ke dalam itu. Seorang lelaki menyedarinya, lalu dia melihat ke dalam perigi buta itu.

Lelaki itu pun berfikir caranya untuk mengeluarkan keldai itu dari perigi buta. Fikir punya fikir, akhirnya lelaki itu masih tidak tahu penyelesaiannya. Tiba'tiba, timbul 1 idea "Ah, lebih baik aku timbuskan perigi buta ini dengan tanah. Keldai ini memang tidak dapat dikeluarkan. Daripada orang lain pula yang menjadi mangsa, terjatuh ke dalam perigi ini, baik aku timbuskan saja." Lelaki itu pun pulang ke rumah, mengambil peralatan dan mengajak beberapa orang lelaki untuk membantunya.

Sesampainya mereka di perigi buta itu, mereka terus melakukannya. Keldai itu menyedari bahawa lelaki-lelaki itu ingin membiarkan ia di dalam perigi itu dengan menimbuskan tanah. Lalu keldai itu pun berteriak dan menangis dengan kuat sekali. Lelaki-lelaki itu tidak menghiraukannya.

Tiba-tiba, keldai itu diam. Lelaki-lelaki itu terkejut. Mereka menjenguk ke dalam perigi buta itu. Mereka lihat keldai itu mengoyangkan badannya dan membiarkan tanah-tanah yang berada di atas badannya jatuh ke bawah. Lalu, ia naik di atas tanah itu. Keldai itu terus melakukan tindakan yang sama setiap kali tanah dimasukkan.

Akhirnya, ia berjaya naik dan keluar dari perigi.

Pengajarannya ialah, apabila kita menghadapi masalah, dugaan, jangan gelabah, putus asa tetapi tenang dan memohon petunjuk Allah menghadapinya. Setiap masalah, dugaan yang kita tempuh, pasti ada penyelesaiannya.

Ingat lagi, ayat Al-Quran yang kerap kali kita dengar. Ayat 286 dari Surah Al-Baqarah?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286)

Jelas sekali, Allah bagi ujian, dugaan yang berbeza untuk setiap hambanya. Sebab kita semua berbeza. Allah bagi ujian, dugaan pada hambanya dan dalam masa yang sama Allah sudah pun sediakan penyelesaiannya. Cuma kita perlu berusaha mencari penyelesaiannya. Jangan pernah putus asa, tetapi terus yakin pada Allah, pada kemampuan diri, minta petunjuk dari Allah dan InsyaAllah penyelesaiannya terbentang luas di hadapan mata setelah kita berusaha.

Apr 18, 2011

interview

assalamualaikum...

nak tulis tentang interview. mana tahu boleh membantu rakan-rakan kan? Sepanjang saya pernah interview (ecey, ayat macam dah penah pergi 10 iterview, padahal baru 2), interview kumpulan di UTP paling best. Tapi tadi, interview individu best. Bukan sebab pandai bercakap, tapi sebab penemu duga tu asyik senyum, saya sedikit tenang menjawab soalan walaupun kena provok. Jadi jawab pendek-pendek je, sebab dia asyik sampuk. Haha. Jawapan saya dah la poyo-poyo je. Saya asyik senyum-senyum je jawab.

Encik 1 : Duduk. Ceritakan tentang diri anda, latar belakang pendidikan dan keluarga.

Saya : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Nama saya......

Encik 1 : Tadi cakap anak ke?

Saya : 3 dari 4 beradik.

Encik 1 : Atas awak cikgu ke?

Saya : Tak. Abang kakak engineer.

Encik 1 : Habis tu kenapa awak nak jadi cikgu? Jadilah engineer juga.

Saya : Engineer komunikasi dengan mesin, cikgu komunikasi dengan orang. Saya suka lagi komunikasi dengan orang.

Encik 1 : Macam tu kenapa tak jadi penceramah. Komunikasi dengan orang juga.

Saya : Penceramah macam jauh dengan pendengar sebab ramai.

Encik 1 : Siapa kata jauh. Tengok kat masjid tu. Pendengar duduk depan penceramah je.

Saya : Erk. Macam mana ya saya nak cakap. Ha, macam ni. Kalau penceramah, dia tak ambil tahu dah sama ada orang yang dengar ceramah tu berubah tak dengar ceramah dia, aplikasi tak apa yang didengar. Tapi cikgu, dia akan ikut perkembangan anak murid dia samada apa yang diajar, diaplikasikan hingga anak murid capai impian.

Encik 1 : Dah awak semangat sangat nak jadi cikgu ni. Cikgu Math kan. Cuba terangkan beza angka dengan nombor?

Saya : erk. Tak pernah pula saya tahu ada beza. Bagi saya sama je. Mungkin ejaan je la yang beza. (Sengih)

Encik 1 : Ye ke? Jadi angka 7, dengan nombor 7 sama la.

Saya : (angguk)

Encik 1 : Macam tu balik tanya ayah awak apa beza. Lagi 1, apa beza mendidik dengar mengajar.

Saya : (Senyum) Mungkin mengajar macam ramai-ramai, medidik lebih dekat dengan pelajar, sorang-sorang.

Encik 2 : Eyh, awak ni mungkin-mungkin pula. Saya yang dengar pun tak yakin.

Saya : (Sengih) Saya pun kurang yakin sebab saya tak pernah perasan pun perbezaannya.

dua-dua orang penemu duga tu tergelak.

Encik 1 : Ok. Saya serahkan pada Encik...

Encik 2 : Ok. Awak kata ayah awak pensyarah yang computer ni kan.

Saya : (angguk)

Encik 2 : Mesti awak dah didedahkan dengan internet ni kan. Selalu baca maklumat di internet? Macam mana awak cari maklumat?

Saya : Saya selalu main internet baca e-novel dan e-cerpen. Saya main komputer selalu baca e-novel dan e-cerpen dengan main software, edit gambar, video. Berita-berita, information kurang la baca. Tapi, saya ada ikut blog-blog, ada blog cikgu, orang biasa semua la. Jadi, kalau ada entry isu semasa yang menarik diletak di bog tu , saya baca la.

Encik 2 : Saya tengok latar belakang awak, pernah masuk pertandingan environment waktu Form 1. Awak tahu isu environment di Malaysia ni kan. Walaupun banyak dah tindakan yang dilakukan, masih ada pencemaran. Pencemaran apa yang awak dapat lihat sampai sekarang?

Saya : (Tak ingat saya jawab apa. Panjang juga la.)

Encik 2 : Awak tadi ada sebut tentang rumah hijau. Terangkan.

Saya : (Semangat saya terang sampai tangan tergawang-gawang buat aksi cahaya matahari yang tak dapat refleks balik. haha)

Encik 2 : Ok.

Encik 1 : Saya nak test BI awak. Cuba bagi synopsis novel yang awak pernah baca dalam bi.

Saya : (Saya merapu apa ntah sebab walaupun banyak-banyak baca novel. Tapi waktu ni tak ada 1 pun yang lekat kat kepala)

Encik 1 : Awak rasa bi awak ok ke?

Saya : Saya rasa tak ok hari ni. Sebab saya tak tahu nak cakap apa. (Sengih)

Dua-dua tergelak lagi.

Encik 1 : ok.Baiklah. Dah selesai.

Saya pun bangun nak ambil fail sijil. Waktu bangun tu Encik 1 dah cakap "ingat tau tanya ayah awak apa beza angka dengan nombor dan mendidik dengan mengajar". Saya cakap "Insyaallah. Waktu ambil tu cakap la terima kasih. Encik 1 pesan lagi sekali. Saya cakap ok. Dua-dua cakap semoga berjaya. Saya dah pusing la nak keluar. Encik 1 cakap "ingat tau". Saya pusing la cakap ok dengan bagi salam. Jalan ambil beg, nak keluar di pintu, Encik 1 cakap lagi ingat tau. Saya dah tergelak sambil cakap ok. Buka pintu dah tersengih-sengih. keluar semua orang pakat tanya sebab sebelum-sebelum ni keluar muka ketat je.

Tukang interview yang best, cool & sporting. Tapi tak tahu la samada ni rezeki saya. Saya doa & berharap ni rezeki saya.

Mar 27, 2011

Islam itu Indah

kita merancang,
Allah merancang
dan perancangan Allah yang terbaik!


that word make me realise. Kita rasa apa yang kita mahu terbaik untuk kita. Tapi sebenarnya tidak! Bila tidak, Allah tidak memberi kita benda yang kita mahu. Dalam masa terdekat, banyak yang saya rancang, saya mahu tak tercapai. Tapi, when someone said those words I realise. Kita boleh rancang, boleh minta itu ini pada Allah, tapi bila benda tu bukan terbaik untuk kita, kita tak akan dapat.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Al-Baqarah : 216


Ayat tu dah bagi penjelasan yang jelas, terang dan nyata. Kita selalu merasakan kegagalan tu sesuatu yang tidak baik untuk kita. Kita lupa ayat cinta dari Allah dalam Surah Al-Baqarah tu. Allah tidak akan jadikan sesuatu tanpa sebab. Takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia. Cuma bezanya, di sebalik tiap kejadian hikmahnya yang kita nampak baik untuk kita akan datang lambat atau cepat. Benda yang kita rasa tak baik untuk kita tu sebenarnya terbaik untuk kita.

Memang! Tipulah kalau dikatakan tiada langsung rasa kecewa dengan result SPM tu. Iman saya bukannya tinggi mana. Tapi, hati cepat terpujuk dengan ayat-ayat cinta Allah yang dikirimkan teman-teman. Hati, diri cepat-cepat tersedar. Kejayaan straight A's bukan terbaik untuk saya, sebab itu Allah tak bagi pada saya. Bukan kata-kata ni untuk pujuk hati. Tapi ini satu realiti. Supaya saya perbaiki diri.

UTP, saya rasa itu destinasi saya. Tapi, bukan juga. Saya perlu tinggalkan kerana tidak sihat. Tipu lagi jika saya cakap langsung tiada rasa terkilan, sedih. Sebabnya, di sini saya rasa jalinan ukhwah yang terbina tidak sama di tempat lain. Ikatan yang menjalinan ukhwah ni kejap, tanpa kira usia. Di sini, saya belajar usrah. Usrah, sharing yang seolah-olah datang sendiri tanpa perlu saya mencari. Saya sedar, tempoh yang singkat Allah beri pada saya di UTP, membolehkan saya belajar sesuatu. Sesuatu yang tak pernah saya perolehi sebelum ini. PERJUANGAN ISLAM. InsyaAllah saya akan istiqamah. Teman-teman tolong ingatkan saya. Jangan biar saya lari dari landasan perjuangan Islam. Bezanya dahulu, di UTP semua itu mudah sahaja di perolehi. Saya masih di tahap permulaan. Namun, lepas ini saya perlu mencari sendiri. Kerana perjuangan Islam tidak boleh digerakkan sendirian.

Sesungguhnya Allah menyukai orang- orang yang berpegang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur (As-Shaff : 4)


Saya merancang untuk tinggal di UTP beberapa hari sambil mengemas barang-barang untuk dibawa pulang. Namun, tidak menjadi rancangan saya. Sampai sahaja di UTP, saya lihat kawan-kawan sedang mengangkut barang masuk ke dalam van UTP. Semuanya mahu pindah ke V5. Jadi, ayah suruh saya kemas barang segera dan terus pulang. Alhamdulillah kali ini langsung tiada rasa sedih, kecewa mahupun terkilan. Sebabnya saya sudah peroleh mesej dari seseorang. Saya yakin, InsyaAllah ada pertemuan semula dengan kakak-kakak dan teman-teman di UTP.

Mesej : … InsyaAllah selagi enti berada di jalan Islam, sentiasa ada pertemuan semula…


Itu sebahagian dari mesej yang saya terima. Bila kawan-kawan cakap mahu pindah ke V5 dan terus tinggal di sana, Alhamdulillah. Saya masih mampu tersenyum meskipun apa yang saya rencanakan tidak terlaksana. Saya yakin! Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ini dan setiap yang terjadi ini terbaik untuk saya. Untuk awak. Untuk kita. =)

p/s : ada teman suruh saya tulis tazkirah di blog. Saya tak reti la. Adakah ini dinamakan tazkirah? =)