About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Nov 9, 2010

Alhamdulillah

Abu Hurairah meriwayatkan drp Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:
Musa bin Imran bertanya:"Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yg plg mulia di sisiMu? FirmanNya:"Siapa yg mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu utk mblas kejahatan org lain."

alhamdulillah,
kerana jumpa hadis ni,
tekad meminta maaf hari itu teguh.

tadi

jadi,
sebelum tekad saya pudar,
saya segera selesaikan,
saya jumpa dia dan cakap untuk lakukan gencatan,
eh bukan gencatan senjata,
gencatan perang dingin je, *haha*

memang

saya rasa macam nak minta maaf kat semua orang,
tak kira la orang kenal saya atau tidak,
entah la kenapa.
pelik juga,
tadi, bila ada orang tanya,
saya cakap untuk sisa-sisa masa yang ada ni,
terus orang tu cakap saya nak mati,

sentap

agak la.
amal ibadat senipis kulit bawang,
takutnya nak menghadap Allah,
mungkin inilah titik perubahan.

change for good

saya dah boleh borak-borak dengan rakan-rakan yang tak sekelas *clap*
sebelum ni, bukan je tak borak,
kenal pun tak, walaupun dari form 1 sama sekolah,
teruk kan?

pernah

kak izzati pernah kata; easy to forgive, but hard to forget,
saya nak jadi orang yang easy to forgive and forget,
but before forget, learn from what we get,
just forget that make us hurt.
doakan ya

yuk, be the one who forgive and forget,
cause when we forget, we can forgive sincerely from our heart
=)

Nov 7, 2010

My Life as a School Teen




kata dia : bagaimana pun anda rasa ketidak perluan kehadiran seseorang dalam hidup anda, tanpa anda sedari, dengan kehadirannya, anda pasti telah pelajari sesuatu!

rakan, sahabat, teman.

apa bezanya?
bagi saya sangat berbeza.
sangat-sangat.
tambahan pula di hati saya.
memang berbeza.
terutamanya lepas saya dapat buku Duhai Teman Sejatiku
terima kasih pengirim; teman yang paling-paling saya kasih. bagi saya

teman

hmm.
dulu kat blog dulu pernah cerita tentang teman,
teman dari perjalinan hubungan maya.
teman yang di kasihi

sedar

sekarang saya mula sedar,
saya juga punya sahabat, rakan yang di kasihi di sekolah.

sahabat

ukhwah persahabatan yang saya bina sewaktu di sekolah menengah,
sejak tingkatan 1,
saya kasihkan dia,
namanya Umi,
memang, di saat tingkatan 1,
saya seolah-olah tidak boleh hidup sendiri,
ke mana-mana saya perlukan teman,
tapi, saya duduk di belakang seorang diri pada awalnya,
hingga umi tiba-tiba pindah kedudukannya di tepi saya,

gembira

memang, kalau anda juga pasti gembira,
tapi suatu hari,
saya ke sekolah,
susunan meja berubah,
meja di bahagian saya duduk,
semuanya tersusun menjadi 3 untuk setiap baris,
sebelum ni hanya dua,
dan, umi sudah pindah tempat duduknya ke hadapan bersama wani dan izzati.
sekali lagi, saya sendirian di belakang.

sedih

sudah tentu.
hati lantas berkata-kata,
pasti saya sendiri yang perasan dia sahabat saya,
sedangkan dia tidak.
tapi, saya terus bersahabat,

terus

di tingkatan 2,
saya duduk di hadapan sekali dengan izzati,
tidak lupa menjaga tempat umi dan wani di belakang saya.
persahabatan yang terjalin semakin erat. bagi saya
saya yang sememangnya tak reti berkawan,
hanya bercakap dengan mereka bertiga,
kawan-kawan sekelas yang lain, jarang sekali,
yang tidak sekelas mestilah langsung tidak

awal tahun

awal tahun tingkatan 3,
saya pesan umi agar menjaga tempat untuk saya.
kami berempat duduk di barisan tengah,
umi di sebelah saya,
memang waktu tu, saya rasa indah sangat.
saya rasa macam 'i got my sahabat back'

gaduh

pernah! ada sekali bergaduh dengan umi agak teruk.
waktu kelas malam.
pasal apa?
tak ingat la pula.
tapi lepas tu ada lah sesi membalas mesej.
sebab saya ni tak pandai berkata-kata secara lisan.
alhamdulillah, hubungan kami pulih seperti sedia kala lepas itu.

keputusan

waktu result PMR keluar,
saya yang sememangnya pemalas ni tak ke sekolah pun ambil result.
mak yang pergi ambilkan.
kan mak cikgu, memang perlu hadir.

pulang

bila mak pulang,
mak bagi tahu,
kawan-kawan yang dapat 8A,
hampir semua kawan sekelas perempuan Islam yang rapat dengan saya dapat 8A,
tapi Umi tak.

sedih

memang,
saya tahu umi pati sedih.
dan kesedihan umi turut meragut kegembiraan 8A saya.
saya fikirkan cara untuk kongsi kesedihan itu supaya dia dapat rasa kegembiraan saya,
petang hari result PMR keluar, saya sekeluarga pergi ke KL.
emak perlu selesaikan masalah yang menyebabkan kecacatan kepada Result PMR sekolah.
bila sampai di sana,
saya cuba hubungi Umi,
tetapi dia tak angkat,
agak lega waktu tu,
sebab saya rasa macam Allah tahu saya tak pandai susun ayat lagi.
waktu tu memang tak tahu nak cakap macam mana,
takut saya seolah-olah menabur garam pada luka.
beberapa kali saya call masih tak berangkat,
tiba-tiba, umi hantar message,
cakap dia perlukan waktu.
and i replied,
-ok, bagi tahu kami bila ampa dah ok. kami still nak cakap dengan ampa.-
lebih kurang begitu la message nya.
and that night, i talked with her.

sekarang

dia tetap sahabat saya,
walaupun dia dah banyak berubah,
terlampau banyak.
wani pun sahabat saya,
saya semakin berani berkata-kata,
see! we meet someone and we learn.
zati?
pernah juga saya anggap sebagai sahabat.
tetapi tikaman dari belakang itu sangat menyakitkan.
meski pun dia tak lah tikam guna pisau, cuma garpu je. *haha*
tapi, i know,
i can't be a good friend if i continue my friendship with her.
saya tak suka hypocrite.
so, i stop it.
bila masuk form 4.
wani, umi masih terus jadi sahabat yang saya kasih sampai sekarang.
dengan mereka dasar berkawan yang saya pegang selama ni saya buang.
dasar berkawan saya dahulu dengan sesiapapu hanya lah sebab sekelas.
that's all.
now, i stop my dasar berkawan yang 'songsang' tu,
yang bertujuan ke atas sesuatu.
lalu,
saya berkawan sekarang lillahi taala.
kerana, saya beroleh itu daripada teman saya, Kak Liza.

tak lupa juga,

eh, macam buat ucapan raya pula.
rakan-rakan seperjuangan BEE.
indahnya sebuah perjuangan saat itu.
hingga BEE berjaya memperolehi mahkota.
saya juga punya sahabat yang saya kasih yang baru,
suhana.
rakan yang saya kasih,
farhana dan shahirah; rakan-rakan BEE.

kawan-kawan sekelas.
meski sekarang hubungan saya dengan beberapa kawan-kawan sekelas tu hambar sekarang.
i know, i learned something from them.
dan kehambaran itu juga berpunca dari saya,
satu pihak tak akan timbul masalah bukan?
salah saya sebab membiarkan diri dikuasai perasaan marah.
biar hati dicuit rasa dendam.

selesaikan

saya mahu selesaikan segala masalah,
biar saat-saat akhir saya bergelar pelajar sekolah,
menjadi memori terindah saya.
dan supaya saya tak lupa memori sekolah menengah ini seperti saya lupa memori sekolah rendah saya.
doakan ya supaya berjaya.


adik saya yang tahu saya tengah menaip ni suruh tulis,
adik saya sangat comel.
tambahan dari saya,
siapa berkenankan dia, kena tunggulah dia matang dulu *haha*.

Nov 1, 2010

Yakin

kata dia : ketika diri baru hendak mencapai bintang, hari sudah menjelang pagi, tetapi diri ini terus meyakini, bintang yang lebih indah akan muncul pada waktu malam yang bakal menjelang kerana Allah akan memberikan yang terbaik untuk hambanNya samada tersurat mahupun tersirat. Cuma kita seringkali tidak menyedari yang tersirat. =)
harapan

sekali lagi.
harapan tak tercapai.
tapi bukankah belajar dari pengalaman?
jadi, saya tahu,
saya baru hendak mencapai bintang,
tetapi tidak sempat saya mencapai,
matahari sudah menampilkan diri,
lalu bintang sudah hilang dari pandangan.
tetapi, tidak mustahil Allah berikan saya peluang untuk menggapai bintang yang lebih indah pada malam yang lain.

yakin

kerana pengalaman dahulu,
diri ini lebih yakin,
bahawa Allah akan terus menguji keyakinan kepada Dia,
alhamdulillah.

hati

semoga kita dapat kukuhkan keyakinan kita kepada Allah dalam hati,
kerana hanya Dia maha berkuasa menentukan segalanya,
alhamdulillah, jika kita di uji,
itu tandaNya Dia masih kasihkan kita.
bukankah ujian itu tabiyah untuk kita?

yuk, kukuhkan keyakinan, tanamkan keimanan.