About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Nov 11, 2011

Didik


assalamualaikum...

saya sangat rindukan mereka di Malaysia.
keluarga saya.
saya yang dimanjakan.

walau di sini,
saya masih rasa,
saya dimanjakan mereka semua,
ayah,mak,abang,kakak,adik.

saya bukannya bongsu,
tetapi manja, cengengnya saya mengalahkan adik.
dan di sini,
saya amat sedar sesuatu,
dahulu,
walau jauh saya tercampak di utp,
masih pulang bertemu mereka setiap minggu.

orang di sekeliling yang mengikut rentak saya.
saya tidaklah mahu selalu menang.
tetapi saya ada degilnya.
dan punya keluarga yang sentiasa, tidak putus memahami,
mengikut cara saya.

tetapi di sini,
mereka jauh di sana,
saya rasa Allah sedang mengajar saya,
untuk cuba memahami orang yang saya sayang.
bukan hanya mengharap orang memahami saya.

semoga dengan cara ini,
saya lebih menghargai orang yang saya sayang,
memahami mereka dan bukan hanya mengharap mereka memahami.

^_^

No comments:

Post a Comment