assalamualaikum...
alhamdulillah,
semalam dengar rakaman,
Reset Minda Orang Berakhlak di laman sesawang ikim.
kita rupanya
selalu pandang diri kita lebih dari orang,
hebat dari orang,
padahal kita
Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.ada beberapa kali ayat sebegini diulang dalam Al-Quran,
kita, Allah jadikan dari air yang hina,
dan semua orang begitu,
jadi,
tiada beza antara saya, awak dan dia.
Dr Muhaya ada kata,
bila di kedai makan,
di R&R,
di walimah,
apa salahnya angkat pinggan sesudah makan,
memang ada pekerja,
tapi, lebih baik kita buat,
mudahkan kerja dia,
dan itu menunjukkan akhlak seseorang.
khusyuknya solat seseorang,
boleh dilihat dengan akhlaknya.
cuba lihat akhlak kita,
jawab dalam hati,
cuba lihat solat kita,
memang ada rentetan kan.
p/s :
saya mula suka salji,
kerana teman saya ingatkan,
salji turun, doa makbul,
macam bila hujan turun
No comments:
Post a Comment