About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Dec 9, 2010

Mereka, Sahabat Saya



kata dia : kadang-kadang, kita memang tidak menyedari, Allah telah hadirkan seseorang yang amat bermakna dalam hidup kita hinggalah kita hampir berpisah dari nya.

alami

that's how i feel right now.
mereka telah lama ada di sisi saya.
5 tahun.
tempoh yang agak panjang.
tapi saya hanya sedar dan menyayangi mereka selama 5 minggu,
hingga sampai waktu untuk menyatakan sebuah perpisahan.

memang

saya tak sedar pun bahawa saya punya sahabat yang menghormati saya,
hanya ketika hampir pada waktu untuk menyatakan sebuah perpisahan,
baru saya menyedari,
betapa bermaknanya mereka pada saya.
betapa Allah telah anugerahkan saya sahabat-sahabat yang selalu saya impikan.

tetapi

masih belum terlambat kan?
untuk menyayangi dan menghargai.
kerana insyaAllah, diri ini akan terus mengingati.
mereka-mereka yang sangat bermakna.
biarpun jarak berkilo-kilometer jauh lepas ni.
sebab, hubungan hati lebih bererti
dan, apa gunanya teknologi kan?

harapan

saya harap,
walaupun jauh terpisah,
saya ada di hati mereka,
sebagai seorang yang bergelar sahabat.

yuk, hargai sahabat anda, mungkin mereka ada berhampiran anda.

No comments:

Post a Comment