About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Feb 5, 2014

Atas Nama Cinta-UNIC


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya



Dulu selalu nyanyi lagu ni,
tapi sekarang selalu dengar lagu ni.
Untuk tegur diri.
Be strong girl.

Ingat strategi 3P bila diuji cinta.
Pause, Priority, Pergi
Nak tahu lebih lanjut? 
Silalah tengok Aku Ada Wali<

Jan 29, 2014

Manusia

assalamualaikum

"saya seorang hamba yang bergelar manusia,
hanya hamba pada Yang Esa,"

kadang,
mulut mengaku hamba Yang Esa,
tapi hati dibiarkan jadi hamba Sang Nafsu yang hina,
lalu diikut kata hati yang alpa,
maksiat dilakukan bersahaja,
seakan terlupa Si Atid yang akan mencatat dosa,
untuk dipamerkan pada Sang Pencipta.

duhai hamba yang hina,
Allah bukan saja-saja mengangkat darjat Sang manusia,
bukan saja-saja juga ciptakan kita semua,
kita punya tugasan dariNya,
menggunakan segala nikmat kurniaanNya,
sebagai abid dan khalifah di dunia,
pastinya bukan hanya untuk bersenang lenang semata.

jika sebelum ini,
kita ralit dengan keseronokan dunia,
jika sebelum ini,
dunia yang utama di hati kita,
berubahlah,
belum terlambat untuk berubah.

Oct 3, 2013

Untuk Kita : Jangan Ulang Lagi

Susah payah kita heret langkah demi langkah,
Meninggalkan masa lalu yang penuh noda,
Hanya untuk melalui masa hadapan yang lebih indah,
Tapi kenapa hanya sesaat,
Kita biarkan diri kita menukar lakaran yang indah,
Menjadi kelam semula,
Dan biarkan langkah yang baru ini,
Tempang kembali.

Berubah dan Istiqamah memang payah,
Tapi,
Berubah dan berubah untuk perkara yang sama lagi payah.
Kerana itu ertinya kita tidak Istiqamah.

Kita lupa sakitnya kita kerana dosa lalu,
Kita lupa kesalnya kita untuk dosa itu,
Dan kita seolah-olah lupa saat kita sujud di tikar sejadah,
Minta yang Esa ampunkan kita.

Sudah,
Jangan lupa lagi,
Jangan menanti lagi,
Kerana tiada detik yang pasti,
Kita akan kekal di dunia ini.

Hayun langkah segera,
Melangkah dengan penuh gembira,
Kerana Allah masih beri peluang untuk kita,
Untuk jadikan,
Hari ini lebih baik dari sebelumnya.

 Don't judge me by my past because I don't leave there anymore,
Help me with my future because I want to be there with you.

Nota kaki : lama tak menulis tapi lepas baca whatsapp adik, in hasilnya.