Meninggalkan masa lalu yang penuh noda,
Hanya untuk melalui masa hadapan yang lebih indah,
Tapi kenapa hanya sesaat,
Kita biarkan diri kita menukar lakaran yang indah,
Menjadi kelam semula,
Dan biarkan langkah yang baru ini,
Tempang kembali.
Berubah dan Istiqamah memang payah,
Tapi,
Berubah dan berubah untuk perkara yang sama lagi payah.
Kerana itu ertinya kita tidak Istiqamah.
Kita lupa sakitnya kita kerana dosa lalu,
Kita lupa kesalnya kita untuk dosa itu,
Dan kita seolah-olah lupa saat kita sujud di tikar sejadah,
Minta yang Esa ampunkan kita.
Sudah,
Jangan lupa lagi,
Jangan menanti lagi,
Kerana tiada detik yang pasti,
Kita akan kekal di dunia ini.
Hayun langkah segera,
Melangkah dengan penuh gembira,
Kerana Allah masih beri peluang untuk kita,
Untuk jadikan,
Hari ini lebih baik dari sebelumnya.
Don't judge me by my past because I don't leave there anymore,
Help me with my future because I want to be there with you.
Nota kaki : lama tak menulis tapi lepas baca whatsapp adik, in hasilnya.