Assalamualaikum...
Sekian lama saya menyepi di sini.
Tiada coretan hati.
Tiada cerita diri.
Walau banyak yang terjadi.
Banyak, terlampau banyak benda yang perlu difikirkan.
Terlampau banyak jahiliyah yang perlu dikikis.
Terlampau banyak benda yang perlu diperbaikkan.
Kerana saya harus keluar dari kepompong ini.
Bila melihat rakan-rakan kahwin muda,
Saya terfikir untuk menjadi salah seorang dari mereka,
Bila membaca novel-novel cinta selepas kahwin
Terfikir indahnya, manisnya bercinta selepas kahwin,
Lalu mahu turut serta,
Hingga saya lalai, lalu biarkan tujuan perkahwinan yang sebenar itu tercicir
Tercicir kerana saya melepaskannya utk memegang kahwin muda, manis dan indahnya cinta selepas kahwin.
Macam mana mahu membina baitul muslim itu?
Sedangkan matlamat sebenar saya cicirkan?
Makin saya melangkah makin saya berfikir.
Saya tak mahu 'dia' yang melihat saya nanti,
Melihat saya sebagai seorang mukminah,
Sedangkan saya hanya berpenampilan sebegini,
Tetapi rapuhnya didalam,
Kosong.
Saya mula terfikir,
bagaimana saya impikan baitul muslim,
Sedangkan individu muslim cerucuknya masih tidak membenam ke bumi,
Lalu, kerana itu,
Saya diam, menyepi dan mengkaji.
Sekarang saya sedar,
Saya ikatkan tali belon baitul muslim lalu lepaskan dahulu,
Kerana belonnya hanya terisi angin
Saya perlu tarik rapat tali belon individu muslim lalu ikatnya
Beratkan dengan isi yang bukan hanya angin,
Supaya belonnya terus di hati.
Tidak boleh terbang lagi.
InsyaAllah
^_^