About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Nov 18, 2012

Salji Lagi



Assalamualaikum.

salji kali ini,
mengetuk akal saya semula,
mengintai ruang hati,
perasaan yang lain dari salji yang dulu.

takut.

sungguh,
saya takut.
takut jika saya di hadapan manusia,
di dunia ini.
nampak seperti salji yang putih,
tapi
di hadapan Allah,
saya seperti salji yang mencair,
hitam, kotor, jijik.

takut

takut diri yang masih mengheret dosa semalam,
bimbang taubatku tidak diterima Tuhan,
risau jahilliyah belum dapat dikikis.

Semoga Allah membantu saya dan kamu.
Hanya dengan izinNya.



Nov 17, 2012

Bintang

Assalamualaikum...

semalam,
saya melihat langit,
mencari bintang,

akhirnya,
saya ternampak kerlipan bintang,

tiba-tiba,
terbit rasa kecewa,
pabila melihat bintang bergerak,
lalu, saya sangkakan kapal terbang,
pandangan dilabuhkan kebawah,
dan hati mula berbisik,

sendu,
bintang yang diimpi tidak kelihatan,
mula menyoal begitu dan begini.

namun, kepala didongak kembali,
bintang tadi!
pada kedudukan sama.
saya tak tersalah lihat.
5minit,6minit berlalu.
memang bintang.

hati kembali berbisik.
ah,manusia.
mudah berburuk sangka,
malah pada Sang Pencipta juga.

alhamdulillah,
sweetnya cara Allah menegur.

*****

bila ditimpa ujian,
kita mudah mengeluh.
menyoal begitu begini.
kecewa tanpa henti-henti.
lupa pada semua nikmat yang pernah diperolehi,
dan lupa,
ujian itu juga nikmat.
kerana ujian itu untuk sedarkan kita,
sedarkan kita dari tidur yang lena,
sedar tanggungjawab kita,
dan bersyukurnya kita diberi ujian,
kerana berpeluang untuk berubah.

jangan berkalau dan jangan beralasan
untuk langkah yang tidak pincang.
^_^

Aug 26, 2012

abang


assalamualaikum..

alhamdulillah selesai sudah akad & kenduri belah perempuan.
sejak semalam rasa 'cool' je.
serius.
tak rasa pape.

but suddenly

bila dalam perjalanan pulang ke enstek
air mata meleleh-leleh.
teresak-esak.
sedihnya.
sungguh.
rasa tak percaya.
abang dah rasmi dikongsi seorang lagi.

berulang kali kata pada abang.
"kami tak kahwin lagi. masih bawah tanggungan abang."
abang senyum.
saya kata lagi. "abang jangan pernah jauh, jangan pernah lepas."
sedihnya.
semoga abang terus menjadi abang yang sama untuk kami bertiga.
insyaAllah.

Aug 24, 2012

Malam ini Detiknya

assalamualaikum...

hampir,
sangat hampir,
saat untuk diri berkongsi abang dengan seorang lagi perempuan
perempuan yang akan bergelar isteri pada abang

bila dijelajah hati sendiri,
tidak tahu apa perasaan yang ada,
terlampau banyak,
ha, mungkin yang utama,
risau dan takut,
makin kurang masa abang bersama kami.

mata dah berlecah,
haha
mungkin,
mungkin ini hikmahnya,
abang belajar di malaysia.

dipesan pada diri,
malam ini,
bukan bererti 'hilang'
tapi bererti 'tambah'.
insyaAllah,
semoga Allah permudahkan.

^_^

Aug 6, 2012

Terheret

assalamualaikum..

dahulu,
saya pohon pada Allah,
mahu berubah,
tapi saya perlukan tempat baru,
kerana saya mahu membina diri yang baru,
alhamdulillah,
Allah bagi peluang itu,
tinggalkan hidup lama penuh noda,
tinggalkan tempat lama yang penuh dosa sendiri.

tapi

di tempat baru,
langkah untuk berubah dihayun pelan sekali,
hingga ada dosa lama diulang kembali,
memang tiada siapa tahu,
hanya Allah dan saya,
karat-karat jahiliyyah dibiar bergantungan,
hingga membawa beban pada perubahan diri,
lalu saya hampir terpesong jauh meneruskan dosa lalu.

namun,alhamdulillah.

Allah yang maha pengasih, maha pengampun lagi maha penyayang,
membuka ruang untuk diri sekali lagi,
eh, bukan sekali,
berkali-kali,
dan kali ini,
Allah berikan petunjuknya sekali,
mengapa diri ini terlari dari landasan berkali-kali.

kerana,
hanya jasad yang dibawa meninggalkan dosa lalu,
tapi roh dibiarkan karat-karat jahiliyyah tersangkut, terheret bersama,
walau seluruh dunia saya pergi,
untuk memulakan sebuah perubahan diri di tempat baru,
pasti tidak berjaya.

kerna

penyelesaiannya hanya SATU,
tiada lain,
hanya dengan mengikis karat-karat jahiliyyah pada roh,
pada hati,
pasti diri boleh dibawa pergi meninggalkan dosa lalu.
roh seiring dengan jasad,
berusaha membersihkan hati, diri.

berubah memang payah,
istiqamah pun memang payah,
tapi jika kita boleh berupah,
kita pasti boleh istiqamah.

Put trust in Allah & Put Trust in yourself.
InsyaAllah, let's make a move.

"Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Jun 30, 2012

IM? BM?

Assalamualaikum...

Sekian lama saya menyepi di sini.
Tiada coretan hati.
Tiada cerita diri.
Walau banyak yang terjadi.

Banyak, terlampau banyak benda yang perlu difikirkan.
Terlampau banyak jahiliyah yang perlu dikikis.
Terlampau banyak benda yang perlu diperbaikkan.
Kerana saya harus keluar dari kepompong ini.

Bila melihat rakan-rakan kahwin muda,
Saya terfikir untuk menjadi salah seorang dari mereka,
Bila membaca novel-novel cinta selepas kahwin
Terfikir indahnya, manisnya bercinta selepas kahwin,
Lalu mahu turut serta,
Hingga saya lalai, lalu biarkan tujuan perkahwinan yang sebenar itu tercicir
Tercicir kerana saya melepaskannya utk memegang kahwin muda, manis dan indahnya cinta selepas kahwin.

Macam mana mahu membina baitul muslim itu?
Sedangkan matlamat sebenar saya cicirkan?
Makin saya melangkah makin saya berfikir.

Saya tak mahu 'dia' yang melihat saya nanti,
Melihat saya sebagai seorang mukminah,
Sedangkan saya hanya berpenampilan sebegini,
Tetapi rapuhnya didalam,
Kosong.

Saya mula terfikir,
bagaimana saya impikan baitul muslim,
Sedangkan individu muslim cerucuknya masih tidak membenam ke bumi,
Lalu, kerana itu,
Saya diam, menyepi dan mengkaji.

Sekarang saya sedar,
Saya ikatkan tali belon baitul muslim lalu lepaskan dahulu,
Kerana belonnya hanya terisi angin
Saya perlu tarik rapat tali belon individu muslim lalu ikatnya
Beratkan dengan isi yang bukan hanya angin,
Supaya belonnya terus di hati.
Tidak boleh terbang lagi.
InsyaAllah

^_^

Feb 2, 2012

Hitam-Putih VS Warna-Warni

Assalamualaikum…

Hari tu borak-borak dengan cu nah.
Cakap tentang ramai yang bila pergi oversea berubah lebih baik.

Tiba-tiba cu nah kata “kan Hlovate kata, luar Negara hanya ada white and black
tapi dalam Malaysia colourful.”
Siapa pernah baca cerita Hlovate mesti faham.
Warna-warni bukan tentang warnak kulit, rambut atau apa ya.

Tapi tentang islam dan bukan.
Dekat Malaysia ramai yang Islam dari islam.
Nampak sama?
Bukan. Di Malaysia banyak Islam atas IC, sebagai kata nama khas.
Tetapi seramai mana islam sebagai kata kerja,
Mempraktikkan islam sebagai cara hidup.
Mengamalkan Islam sebagai ad-deen.

Kalau di luar Negara,
Bila ada anak dan kita ajar tentang makanan yang Halal dan Haram.
Son : Mom, you said that food cannot be eat. But my friends eat it.
Mom : Your friends are not muslims but you are. We are different.
Banyak lagi isu lain.
Tapi jika di Malaysia ramaikah yang menjaga pemakanan??
Dan mungkin dialog antara ibu dan anak akan lebih panjang,
Anak akan pertikaikan itu dan ini.

Saya tahu bukan Malaysia sahaja,
Saya bukan tidak berbangga sebagai anak Malaysia,
Tidak.
Saya tahu, banyak lagi Negara Islam yang lain juga begini.
Begini, seperti Malaysia.
Dan banyak juga Negara yang bukan islam,
Orang Islamnya Islam atas kertas je.
Tapi jika dikira ratio atau peratusan,
Pasti Negara Islam lebih ‘aneh’.

Ok, berat pula isu ni.
^_^

Jan 30, 2012

Istimewa




assalamualaikum...

5 tahun berkenalan,
hanya 1 kali pernah bersua,
namun,
dia paling istimewa.

bezanya umur bukan apa-apa,
asalkan dia sudah mendapat tempat di hati saya.

dari tahun pertama berkenalan,
tidak pernah 1 kali pun hari lahir saya dia lupa,
tak pernah sekali pun tiada kiriman pos di rumah.

bukan itu yang diharapkan,
sejak dari mula berkenalan,
alhamdulillah,
tautan hati dari Allah.

Indahnya ukhwah persahabatan dengan dia,
dia orang pertama saya kenalkan dengan nama 'fiqah',
dia teman terbaik saya.

sering sahaja hati berbisik rindu pada dia,
blog menjadi perhubungan utama,
andai kami tiada masa.

bila saya tulis kekecewaan saya,
dia gembirakan dengan cara dia,
entry istimewa di blog dia untuk saya,
buat saya tersenyum gembira.

mahu sahaja dikhabarkan ke seluruh dunia,
saya punya teman istimewa,
insyaAllah, teman yang mengingatkan saya pada DIA yang mencipta.

saat ini,
saya benar-benar rindu pada dia.

sudah banyak entry tentang dia,
tidak mengapa,
kerana dia benar-benar teman istimewa....

^_^