About

Bila hati berbicara, Bila akal beroperasi, Bila jari jemari berlari, Lahirlah Tinta dari Hati yang tercari-cari redha Ilahi...

Dec 17, 2011

Biasa

assalamualaikum...

saya bukan sesiapa,
saya bukan apa-apa,
sehelai kain labuh yang menutup kepala dan dada,
bukan tandanya tingginya, banyaknya ilmu di dada.

tidak.
jangan anggap saya tahu segalanya,
jalan-jalan menjejak cahayaNYA masih baru saya telusuri,
baru beberapa langkah saya hayuni.

usrah juga perkataan baru dalam plot cerita saya,
dakwah juga begitu,
tapi, insyaAllah dengan izinNYA,
kita akan terus melangkah bersama,
menjejak redhaNYA,
dan semoga sama-sama bahagia di SANA.

Dec 4, 2011

Salji

assalamualaikum...

jumaat lepas,
salji turun membasahi bumi beijing,
semua orang excited,
riuh bangunan kediaman saya.

tapi,
entah kenapa,
hati ini rasa sayu,
kosong,
tiada langsung rasa excited,
padahal dahulu,
di malaysia,
saya impikan jari-jari saya menyentuh salji yang halus.
tetapi, perasaan itu bagaikan hilang.

pergi ke kelas,
menunggang motosikal dalam keadaan salji yang rintik-rintik,
tanpa sebarang perasaan.
dalam kelas,
semua tersenyum gembira,
saya masih rasa kosong.

sehingga satu saat,
saya pandang ke luar tingkap,
salji semakin lebat,
pokok yang tiada sehelai daun sudahpun dibaluti salji,
hanya putih yang terlihat,

saya mula terfikir,
pokok itu yang macam diri saya,
terlampau banyak yang saya simpan,
yang sakit,
yang tak saya lepaskan,
menyebabkan jiwa saya kadangkala kering,
dan sekarang sudah masanya,
saya lepaskan semua rasa yang tidak baik,
dan biar yang membalut jiwa yang kering,
seputih, sehalus dan sedingin salji.

pandang sekeliling, alam bagaikan berbicara,
kerana pencipta alam dan pencipta saya,kamu dan dia adalah sama,
setiap apa yang diciptaNYA bermanfaat dan berilmu untuk kita.
InsyaAllah.